Harian Metro

REMAJA SADIS

Dua pelajar menengah bunuh pemandu teksi dipercayai terpengaru­h aksi permainan video ganas

- Agensi

Dua pelajar sekolah menengah berusia 16 tahun disyaki membunuh seorang pemandu teksi dalam talian dipercayai selepas terpengaru­h dengan aksi dalam permainan video pada Sabtu lalu.

Jurucakap polis Fahmi Arifriyant­o berkata, pihaknya percaya dua remaja terbabit diinspiras­ikan permainan video yang bersifat sadis, selain filem berunsur ganas.

Katanya, dua remaja berkenaan mungkin didakwa atas tuduhan bunuh walaupun masih bawah umur.

Sementara itu, guru dan rakan remaja terbabit terkejut dengan kejadian itu kerana pelajar berkenaan berperwata­kan baik, malah selamba menghadiri sesi persekolah­an, Isnin lalu, dua hari selepas membunuh mangsa walaupun dikenakan tindakan disiplin kerana lambat.

Ketua Polis Resor Kota Besar Semarang, Abiyoso Seno Aji berkata, dalam kejadian jam 9 malam Sabtu lalu, dua remaja itu memesan perkhidmat­an teksi dan membawa belati bersama.

Seorang duduk di sebelah pemandunya, Deny Setiawan, 25, manakala seorang lagi di belakang.

Selepas mengajak Deny berbual, suspek yang duduk di belakang tiba-tiba mengelar leher mangsa.

Mayat Deny kemudian ditinggalk­an di tepi jalan, telefon bimbitnya ditanam berhampira­n sungai, manakala keretanya ditinggalk­an di kawasan lain.

“Mereka dipercayai meninggalk­an kereta mangsa dengan niat mengambiln­ya selepas keadaan lebih reda. “Suspek juga mengajak beberapa rakan lain mengikuti perancanga­n itu tetapi mereka tidak berani menyertain­ya,” katanya. Dua remaja terbabit ditahan di rumah masing-masing, minggu ini susulan penemuan mayat Deny.

Suspek mendakwa membunuh mangsa kerana memerlukan wang untuk membayar yuran persekolah­an.

Bagaimanap­un, dakwaan itu diragui kerana pihak sekolah mendakwa mereka bukan dari keluarga susah.

“Bagi remaja pertama, sebahagian wang yuran sudah diberikan ibu bapanya dan tiada keperluan untuk membayar selebihnya dalam masa terdekat.

“Manakala suspek kedua tinggal bersama ibu angkatnya yang amat dihormati serta memegang jawatan profesiona­l,” katanya.

 ??  ?? REMAJA terbabit dibawa menghadiri sidang media selepas melakonkan semula
kejadian. - Agensi
REMAJA terbabit dibawa menghadiri sidang media selepas melakonkan semula kejadian. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia