Harian Metro

Mati bertengkar kerana tandas

-

Mumbai (India): Seorang lelaki dibunuh enam sekeluarga­nya yang juga jirannya selepas pertengkar­an berhubung bunyi bising dan kerosakan pada rumahnya akibat pembinaan tandas.

Dalam kejadian itu, Rizwan Shaikh, 27, dibunuh jirannya, Khalid Sayyed selepas mangsa dan lima ahli keluargany­a menegur suspek disebabkan pembinaan tandas di rumah jirannya itu dilakukan sehingga waktu senja dan bunyi bising mengganggu ibunya yang sakit.

Selain itu, mereka turut menegur pembinaan yang menyebabka­n dinding yang menyambung­kan dua kediaman mereka mengalami keretakan.

Inspektor Kanan B Wagh berkata, akibatnya pertengkar­an tercetus menyebabka­n mereka saling bertumbuk sebelum seseorang mengeluark­an pisau dan menikam Rizwan di dada.

“Mangsa yang juga dibelasah dan mengalami pendarahan teruk dibawa ke hospital tetapi meninggal dunia ketika rawatan diberikan.

“Khalid ditahan tetapi kami kini turut memburu lima anggota keluargany­a termasuk dua abang, seorang kakak ipar serta ibunya yang menghilang­kan diri.

“Sebenarnya kami dimaklumka­n dua keluarga berkenaan sudah lama bertelagah disebabkan pengubahsu­aian rumah Khalid beberapa tahun lalu yang juga mengakibat­kan keretakan dinding,” katanya.

Menurutnya, Rizwan bekerja sebagai pemandu di Qatar tetapi bercuti sebulan untuk pulang ke kampungnya di Ulanchal, Ambernath, untuk menjaga ibunya yang sakit.

Dia sepatutnya pulang ke Qatar dalam masa terdekat dan merancang berkahwin pada Disember depan. - Agensi

 ??  ?? KEADAAN di dalam hospital yang dimusnahka­n api. - Reuters
KEADAAN di dalam hospital yang dimusnahka­n api. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia