Harian Metro

‘TIADA RAHSIA MENGENAI SANCHEZ’

- Agensi

London

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger menyatakan kelab itu “tiada apa perlu disembunyi­kan” selepas bekas pemain Alexis Sanchez dilaporkan gagal menjalani ujian dadah, Isnin lalu.

Pemain Chile berusia 29 tahun itu didakwa terlepas ujian pada hari sama perpindaha­nnya ke Manchester United dilengkapk­an.

“Saya fikir ia acara istimewa buatnya untuk terlepas ujian dadah kerana dia berada di tempat lain,” kata Wenger.

Pengendali Perancis itu menegaskan kelab itu tidak dihubungi Persatuan Bolasepak (FA) atau badan Anti-Doping UK.

Sanchez menyertai Gunners dari Barcelona pada 2014, namun berpindah ke Old Trafford dalam perjanjian pertukaran yang menyaksika­n pemain tengah Armenia, Henrikh Mkhitaryan berpindah ke Emirates awal minggu ini.

Selepas laporan awal di Sepanyol, beberapa akhbar Britain melaporkan semalam Sanchez ditanya FA mengenai peraturan “di mana anda berada” berkaitan

 Wenger enggan besarkan isu bekas pemain gagal jalani ujian doping sebelum sertai United

Yeovil Town awal pagi tadi.

Wenger berkata: “Isnin lalu banyak perkara berlaku, ia hari istimewa buat Alexis Sanchez, anda perlu menyediaka­n kertas kerja dan berkunjung. Adakah dia masih pemain kami pada Isnin lalu atau tidak? Anda tidak tahu.

“Ia hanya hari buruk buatnya untuk diuji. Secara jujur, dari segi pentadbira­n ia masih menjadi tanggungja­wab kami kerana dia belum berpindah. Saya tidak tahu apa sebenarnya berlaku.

“Saya agak relaks kerana

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia