Harian Metro

Kekalahan Real ancam kedudukan Zidane

-

Madrid: Kegagalan Real Madrid di Valencia mencetus kepada pelantikan Zinedine Zidane sebagai jurulatih namun kesilapan sama buat juara Eropah dan Sepanyol di Mestalla hujung minggu ini mungkin menjejaska­n karier jurulatih kelahiran Perancis itu.

Zidane dilantik sebagai jurulatih pada Januari 2016, sehari selepas Real dua kali mensia-siakan kelebihan apabila seri 2-2 di Valencia, sekali gus menamatkan kerjaya Rafael Benitez di Bernabeu.

Benitez dipecat selepas enam bulan dilantik namun Zidane masih mengendali­kan skuad di Santiago Bernabeu biarpun aksi hambar kebelakang­an ini berterusan dengan penyingkir­an daripada Piala Raja Sepanyol pada suku akhir di tangan Leganes.

Zidane mengakui selepas perlawanan itu kedudukann­ya kini terancam dengan pasukannya kini tersingkir daripada piala dan menduduki tempat keempat La Liga, 19 mata di belakang pendahulu Barcelona.

Bagaimanap­un aura yang mengelilin­gi Zidane yang mengecap kejayaan sepanjang dua musim masih dirasai sekiranya mampu mengubah nasib pasukan dengan pertembung­an 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara menentang Paris Saint-Germain selepas ini.

“Jika pada akhir musim ini kami menjuarai Liga Juara-Juara ia akan menjadi tahun yang menakjubka­n,” kata Cristiano Ronaldo, kemerosota­n prestasiny­a kebelakang­an ini mencetus kebimbanga­n kelab itu.

“Kami tidak bermula dengan baik di liga musim ini. Kami kecewa, kami tidak gembira tapi kami perlu berusaha ke arah Liga Juara-Juara, trofi yang paling penting.”

Real sewajarnya memberi tumpuan terhadap liga memandangk­an kini semakin hampir ke zon penyingkir­an dari aspek kutipan mata berbanding Barcelona. AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia