Harian Metro

SIMPAN TARING

- Malik Muhamad sukan@hmetro.com.my

 Tok Gajah sembunyi kekuatan sepanjang aksi pramusim,

Dollah ada strategi gempur lawan dalam saingan liga

Naib juara Liga Super musim lalu, Pahang dianggap kekal menjadi pencabar utama saingan kali ini, namun skuad Tok Gajah dilihat lebih selesa menyembuny­ikan kelibat sebenar mereka sepanjang kempen pramusim.

Mungkin mahu menyembuny­ikan bisa, hanya Dollah Salleh yang mengetahui kerana pengendali itu cukup terkenal dengan kepelbagai­an strategi menentang lawan berbeza.

Atau pun, mungkin Dollah juga masih mencari adunan terbaik untuk memilih kesebelasa­n utama menjelang aksi pembuka tirai bertemu Perak pada 4 Februari depan di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

Berdasarka­n aksi ketika kejohanan empat penjuru Piala Menteri Besar Terengganu baru-baru ini, Tok Gajah seolah-olah beraksi di bawah keupayaan sebenar tetapi bagi Dollah, itulah peluang terbaik mencuba pelbagai kombinasi.

Mereka hanya menang sekali ke atas Terengganu FC II 2-1, selain kalah besar 2-4 kepada Terengganu FC I dan 1-4 kepada Melaka United sekali gus mengiyakan barisan jurulatih skuad Tok Gajah itu menyimpan strategi sulit sebelum menggempur lawan pada saingan sebenar.

“Saya tidak berani untuk bercakap mengenai kekuatan pasukan kerana perkara ini masih baru. Tapi apa yang penting saya sudah nampak kelemahan yang perlu diperbaiki menjelang aksi liga selepas beberapa aksi persahabat­an pramusim di Bangkok dan di Terengganu.

“Malah pada kejohanan ini (Piala Menteri Besar Terengganu), kami perlu betulkan apa yang sepatutnya, apatah lagi skuad kami kini kekurangan latihan kerana lebih banyak beraksi pada aksi pramusim,” kata Dollah yang mengakui prestasi pasukannya belum mencapai tahap yang diinginkan.

Mengenai persiapan pasukannya setakat ini, bekas pengendali kebangsaan itu tanpa berselindu­ng mengakui masih belum mencapai tahap 100 peratus biarpun saingan liga akan membuka tirai tidak lama lagi.

“Kami masih lagi mencari keserasian dan persefaham­an pemain kerana ada muka baru dan lama, tapi kami yakin perkara ini akan dapat diselesaik­an. Sebab itulah kami batalkan aksi pramusim di Brunei,” kata Dollah.

Bagaimanap­un, jika dilihat kepada barisan pemain Tok Gajah, majoritiny­a nama besar termasuk bekas tonggak skuad kebangsaan Norshahrul Idlan Talaha, Bunyamin Omar, Zuber Azmi, Afif Amiruddin, Muslim Ahmad dan penjaga gol, Helmi Eliza Alias.

Skuad itu diperkuatk­an juga dengan pemain skuad B-23 negara Nor Azam Azih, R Kogileswan dan Matthew Davies yang akan bertindak sebagai kapten.

Bagi menambah sengat, Tok Gajah juga mengikat bintang import berpengala­man dari Singapura, Safuwan Baharudin yang memiliki kepakaran menjaringk­an gol menerusi tandukan.

 ?? Safuwan Baharudin
Remezey Che Ros ?? AKSI Norshahrul (kanan) ketika saingan Piala Menteri Besar Terengganu baru-baru ini. Walaupun ini penampilan pertama bersama Pahang, tapi pengalaman beraksi di Liga M termasuk bersama PDRM akan menjadi bekalan buat saya untuk membantu pasukan meraih trofi musim ini” Berdasarka­n aksi pramusim, saya yakin Pahang mampu menjadi pencabar terkuat musim ini seperti musim lalu. Hubungan dalam pasukan cukup baik, bagaikan satu keluarga yang memiliki semangat sepasukan tinggi”
Safuwan Baharudin Remezey Che Ros AKSI Norshahrul (kanan) ketika saingan Piala Menteri Besar Terengganu baru-baru ini. Walaupun ini penampilan pertama bersama Pahang, tapi pengalaman beraksi di Liga M termasuk bersama PDRM akan menjadi bekalan buat saya untuk membantu pasukan meraih trofi musim ini” Berdasarka­n aksi pramusim, saya yakin Pahang mampu menjadi pencabar terkuat musim ini seperti musim lalu. Hubungan dalam pasukan cukup baik, bagaikan satu keluarga yang memiliki semangat sepasukan tinggi”
 ??  ??
 ?? FOTO: MOHD SYAFIQ RIDZUAN AMBAK ??
FOTO: MOHD SYAFIQ RIDZUAN AMBAK

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia