Harian Metro

‘BELUM KOMERSIAL’

- Zulfaizan Mansor zulfaizan@bh.com.my

 Yusoff akui belum tiba masa hanya pasukan

kelab sertai Liga Malaysia

Cadangan untuk mengubah format pertanding­an supaya Liga Malaysia tidak lagi dibanjiri pasukan negeri, sebaliknya mengundang lebih banyak penyertaan pasukan berstatus kelab dianggap kurang sesuai dengan senario semasa kancah bola sepak tempatan.

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Yusoff Mahadi menjelaska­n, ia kerana Liga M masih belum mencapai tahap komersial yang sesuai untuk pelaksaan format seperti yang dicadangka­n.

Yusoff berkata, tiada individu atau syarikat swasta yang sanggup melabur untuk membentuk satu pasukan kelab bola sepak dan bersaing dalam liga tanpa memikirkan keuntungan.

Malah katanya, ketika ini Liga M juga hanya bergantung kepada persatuan negeri yang sanggup berbelanja menguruska­n pasukan bola sepak bagi memberi kepuasan kepada rakyat negeri itu, bukannya berlandask­an kepada keuntungan.

“Idea itu bagus, tapi bagi saya buat masa ini ia tidak sesuai untuk dilaksanak­an, kecuali jika liga kita benar-benar memiliki nilai komersial yang tinggi dan menarik minat pelabur.

“Mungkin akan datang ia boleh dilaksanak­an, tapi bukan dalam masa terdekat dan berapa tahun lagi tempoh itu saya tidak pasti. FAM juga sedang berusaha untuk ke arah itu (menambah nilai komersial Liga M).

“Pelaksanaa­n seperti format yang dicadangka­n itu juga memerlukan perancanga­n terbaik kerana jika negeri membuat pembanguna­n dan selepas itu, bagaimana pemain ini dapat disalurkan ke kelab? Jadi, ia perlukan kajian dan perancanga­n yang betul,” katanya, semalam.

Kelmarin, Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tunku Imran Tuanku Ja’afar menggesa FAM mengkaji semula format pertanding­an Liga M yang menyaksika­n liga itu dibanjiri penyertaan pasukan negeri.

Malah beliau turut mencadangk­an persatuan negeri hanya memberi fokus kepada pembanguna­n manakala kelab menyertai pertanding­an.

 ??  ?? PASUKAN Liga M kini hanya bergantung kepada persatuan negeri.
PASUKAN Liga M kini hanya bergantung kepada persatuan negeri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia