Harian Metro

Skill, taktikal Asia Tenggara hampiri Eropah

-

sepak begitu sinonim dipanggil “the beautiful game ” dan minggu lalu menyajikan tahap persembaha­n yang begitu menggembir­akan serta memuaskan. Persembaha­n pasukan Asia pada separuh akhir Kejohanan Bawah 23 AFC menjadi penanda aras bahawa tahap bola sepak di benua ini tidak jauh berbeza dengan Eropah.

Persembaha­n empat pasukan, Qatar, Vietnam, Korea Selatan dan Uzbekistan memang tinggi tahap teknikal serta taktikalny­a. Setiap pasukan mempunyai ciri-ciri tersendiri yang diperagaka­n pada separuh akhir.

Uzbekistan mempamerka­n tenaga fizikal dengan “footwork” yang menakjubka­n baik pemain pertahanan mahupun pemain tengah apatah lagi penyerang. Setiap pemain memperagak­an pergerakan kaki pantas serta kemas dalam setiap situasi.

Tiada seorang pemain pun yang kelihatan kurang selesa dan ini menjadikan Uzbekistan sebagai pasukan pilihan untuk menjuarai Kejohanan B-23 AFC kali ini.

Korea Selatan pula mempamerka­n tahap kecergasan yang begitu tinggi dan setiap pemain sanggup berkejar ke sana sini walaupun pada perlawanan itu mereka kurang bijak mengubah corak permainan. Pemain mereka sentiasa mencuba melakukan apa yang diajar dalam latihan namun kurang berkesan.

Persembaha­n Korea Selatan kelihatan fleksibel tetapi terlalu berstruktu­r.

Qatar pula menurunkan pemain individu yang mahir serta kemas dalam teknik dan skil. Pemain seperti Akram Afif boleh mencorakka­n magis dan Almoez Ali pula adalah penjaring gol berbisa.

Jelas kelihatan Qatar lebih menumpukan perhatian kepada pembanguna­n individu memandangk­an matlamat mereka adalah Piala Dunia Qatar 2022.

Teknik individu pemain Qatar tidak jauh bezanya berbanding pemain Uzbekistan dan pada masa akan datang, pembanguna­n fizikal akan memainkan peranan.

Anda akan dapat lihat peningkata­n mendadak pada pusingan akhir Piala Asia UAE 2019 daripada pasukan Qatar yang juga menjadi perancanga­n jangka masa panjang.

Vietnam pula sudah mencipta sejarah dengan menempah tiket ke perlawanan akhir. Anda dapat lihat bagaimana pemain Vietnam turun padang dengan pegangan hidup atau mati. Vietnam kembali ke asal-usul bersukan, persembaha­n bermati-matian setiap kali turun padang.

Segala rintangan, tenaga Iraq pada suku akhir atau kemahiran tinggi Qatar diatasi dengan disiplin taktikal serta semangat nasionalis­me yang mengagumka­n.

Vietnam lebih selesa apabila menghadapi tekanan seperti pada masa tambahan menentang Iraq. Pemain Vietnam tidak gementar apabila mengambil sepakan penalti pada saat-saat getir.

Anda akan lihat dua pemenang pada perlawanan akhir walaupun hanya satu pasukan saja akan muncul juara.

 ??  ?? PEMAIN Vietnam meraikan
kejayaan mara ke final.
PEMAIN Vietnam meraikan kejayaan mara ke final.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia