Harian Metro

ULANG DETIK INDAH 2012

- Asrol Awang sukan@hmetro.com.my

 Christie serasi bersama Sathia, janji pacu FELDA raih gelaran Liga Perdana musim ini

Enam tahun lalu, Christie Jayaseelan bekerjasam­a dengan B Sathianath­an dalam pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan mereka meraih gelaran juara Liga Perdana 2012.

Dengan kembali mereka bersama dalam FELDA United musim ini, pemain tengah itu mahu gelaran sama diraih dengan bekas jurulatih kebangsaan itu.

Christie berkata, peranan Sathianath­an memberi kesan besar dalam kerjayanya dan salah satu faktor dia menyarung kembali jersi The Fighters musim ini.

“Saya meninggalk­an PKNS FC dan menyertai beliau pada 2012 dan kami berjaya menjulang trofi Liga Perdana bersama ATM pada musim itu.

“Musim ini, saya harap kami dapat mengulangi pencapaian sama. Saya tahu apa yang diharapkan oleh jurulatih dan sudah bersedia untuk membuktika­nnya bersama FELDA United musim ini,” kata pemain berusia 32 tahun itu.

Christie berkata, walaupun terkejut apabila The Fighters terpaksa turun ke Liga

Perdana, dia bersama rakan sepasukan menerimany­a dengan hati terbuka dan tekad mahu meletakkan semula FELDA United ke saingan Liga Super pada 2019.

Musim lalu, Christie bersama Pahang namun tidak dapat beraksi dengan baik berikutan kecederaan dan kini sudah pulih sepenuhnya untuk membantu The Fighters.

 ?? Christie Jayaseelan ?? Saya tahu apa yang diharapkan oleh jurulatih dan sudah bersedia untuk membuktika­nnya bersama FELDA United musim ini”
Christie Jayaseelan Saya tahu apa yang diharapkan oleh jurulatih dan sudah bersedia untuk membuktika­nnya bersama FELDA United musim ini”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia