Harian Metro

Bakat baru warnai dunia lakonan

-

Penerbit, pengarah perlu pastikan mereka ikuti kelas lakonan, timba ilmu daripada pelakon berpengala­man

ambil pelakon yang bagus.

Kita tidak mahu kehadiran pelakon kayu yang menceburi bidang lakonan hanya untuk duit, glamor dan kontrovers­i kerana ia boleh menjejaska­n kualiti drama dihasilkan.

Saya juga tidak kisah berganding dengan artis baru, asalkan mereka boleh memahami skrip dan menjiwai watak dengan baik,”

Fouziah Gous

“Saya juga bermula sebagai pelakon baru. Saya juga tiada masalah untuk berganding­an dengan artis baru kerana mereka ada kelebihan tersendiri.

Tidak dinafikan ramai penerbit dan pengarah mengambil artis baru dalam projek drama mereka kerana golongan ini ada ramai pengikut di media sosial.

Kita perlu melihat dari sudut positif kerana stesen TV juga ada alasan tersendiri dan mereka juga tidak mahu menanggung kerugian jika drama ditayangka­n tidak mendapat sambutan penonton.

Isu pelakon kayu yang dikaitkan dengan artis baru juga agak sensitif kerana bagi saya mereka sebenarnya boleh digilap.

Namun, jika sudah berlakon 10 drama, tetapi masih nampak kaku, barulah kita boleh memanggil mereka pelakon kayu,” katanya.

Catriona Ross

“Ramai produser dan pengarah berada dalam keadaan terpaksa terutama mereka yang tergolong dalam kelompok ‘mainstream’.

Mereka memikirkan soal keuntungan dan terpaksa mengikut trend semasa industri.

Kelompok bukan ‘mainstream’ yang lebih bersifat artistik dalam berkarya kebanyakan­nya tidak memilih untuk mengikut trend ini.

Mengambil artis baru untuk menjadi heroin drama tidak salah, tapi apa yang dipersoalk­an adakah kebolehan pelakon yang tiada pengalaman itu mampu memberi impak atau tidak?

Kualiti drama pasti terjejas jika penerbit dan pengarah mengambil artis baru yang tidak mampu menjiwai watak seperti dikehendak­i skripnya.

Bagi saya, artis baru perlu mendalami ilmu lakonan. Mereka mesti menyertai kelas lakonan dan berguru dengan pelakon yang lebih senior supaya dapat meningkatk­an mutu lakonan.

Sayang sekali, ramai artis baru cepat melatah jika dilabel ‘kayu’ sedangkan kritikan seharusnya membakar semangat untuk menjadi pelakon yang bagus pada masa depan,” katanya.

 ??  ?? FOUZIAH
Gous
CATRIONA Ross
FOUZIAH Gous CATRIONA Ross
 ??  ?? SITI Elizad
SITI Elizad
 ??  ??
 ??  ?? SITI Saleha
SITI Saleha

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia