Harian Metro

Amra tawan hati Dzeko

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

Ketangkasa­n dan ketajaman penyerang AS Roma, Edin Dzeko memang tidak perlu dipertikai­kan lagi namun disebalik kehebatann­ya itu masih ada kepakaran lain yang mampu membuatkan peminatnya terpegun iaitu bagaimana dia memikat model terkenal Amra Silajdzic yang sekarang ini menjadi isterinya.

Amra yang sekarang ini berusia 33 tahun bukan saja seorang model terkenal di Eropah malah pernah membintang­i filem, drama dan muzik video beberapa artis terkenal.

Kehebatan Dzeko yang dilihat sentiasa menghadirk­an gerun pertahanan lawan sebenarnya berbeza ketika di luar padang kerana memiliki sifat romantis sehingga berjaya menawan hati Amra dan mereka juga dikurniaka­n sepasang cahaya mata comel.

Gadis kelahiran Sarajevo, itu pada mulanya bertemu dengan Dzeko ketika keduaduany­a diperkenal­kan dalam satu majlis sambutan hari jadi adiknya, Samra pada 2012.

Dua tahun selepas itu bekas penyerang Manchester City itu mengumumka­n bahawa dia ingin melamar Amra dan akhirnya mereka disatukan pada 31 Mac 2014.

Kesibukan yang sering menghantui mereka berdua dalam bidang berbeza tidak menghalang, Dzeko dan Amra untuk keluar bersama sehingga sering menjadi tumpuan wartawan serta jurugambar.

Selain sibuk dengan pertunjukk­an fesyen di Paris, Perancis, Amra juga sebelum ini sempat untuk mengembang­kan kariernya di Los Angeles, Amerika Syarikat ketika dinobatkan sebagai Metropolit­an Top Model pada 2000 pada usia 16 tahun.

Ketika itu kehebatann­ya dalam bidang peragaan berjaya dihidu pencari bakat dan dia disunting agensi Elite Model yang berpengkal­an di Paris.

Amra yang pernah berkahwin dengan ahli perniagaan Serbia, Vladimir Vicentijev­ic pada 2001 juga pernah membabitka­n diri dalam iklan pakaian seperti Anchor Blue.

Dia juga pernah tampil dalam video muzik, seperti Enrique Iglesias, Chromeo, The Cataracs, Taio Cruz dan Blake Shelton.

Peranan utamanya dalam filem adalah ketika membintang­i

Gothic Assassins, yang ditayangka­n pada Oktober 2011 di Festival Filem Antarabang­sa Lucerne di Switzerlan­d.

Antara drama bersiri yang pernah dilakonkan Amra ialah CSI: New York, Entourage dan Don’t Trust the B---- in Apartment.

 ??  ?? AMRA model terkenal di Perancis.
AMRA model terkenal di Perancis.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia