Harian Metro

PILIH WARNA HIJAU

- Shuhada Mansor gen.y@hmetro.com.my

Rutin yang sibuk, kurang bersenam, tidak cukup rehat, terdedah kepada pencemaran persekitar­an dan penggunaan solekan setiap hari antara faktor yang membuatkan wajah kita cepat kusam dan kelihatan lebih tua daripada usia sebenar.

Keadaan ini berlaku jika tubuh tidak mendapat khasiat yang diperlukan kerana kurangnya pengambila­n sayur-sayuran dan buah-buahan.

Kajian dilakukan Kementeria­n Kesihatan menunjukka­n pengambila­n serat yang mencukupi melalui sayur-sayuran dan buahbuahan boleh menyelamat­kan sehingga 2.7 juta nyawa atau mengurangk­an beban penyakit di seluruh dunia sebanyak 1.8 peratus setahun. Hebat bukan?

Oleh itu, Gen Y ingin kongsikan kebaikan makanan berasaskan warna hijau (berdaun), cara penanaman yang dikaitkan dengan organik selain buah-buahan hijau.

BANTU TURUNKAN BERAT BADAN

Sayur-sayuran hijau kaya dengan serat yang menjadikan­nya lambat untuk dihadam. Oleh itu, ia akan membantu untuk kita berasa kenyang dalam tempoh lebih lama.

Kelebihan utama sayur-sayuran hijau adalah rendah kalori dan dibuktikan sesuai dijadikan menu untuk membantu proses penurunan berat badan. Justeru, ada tip menyaranka­n salad lebih baik diambil pada waktu pagi dan bukannya pada waktu malam.

CANTIKKAN KULIT

Buah-buahan hijau seperti epal sering menjadi pilihan mereka yang berdiet. Kandungan antioksida­n tinggi dan juga berupaya membantu menurunkan kadar kolesterol, sekali gus mencegah kerosakan gigi, sakit gusi, menstabilk­an paras gula dalam darah dan agen antikanser.

Selain itu, ada satu buah yang mudah ditemui iaitu kelapa. Bagi mereka yang mengalami jerawat ataupun masalah kulit, membilas muka dengan air kelapa boleh memperbaik­i tona dan melembapka­n kulit wajah.

Ribuan produk berasaskan kelapa dijual di pasaran. Terbukti, lemak kelapa atau MCT (Medium Chain Fatty Acid) lebih mudah untuk badan kita gunakan selain dikategori­kan sebagai salah satu makanan paling kaya dengan asid laurik baik iaitu agen antivirus dan antibakter­ia.

LEBIH TENANG

Kajian kesihatan mendapati pengambila­n salad pada waktu pagi mampu membantu minda dan emosi lebih tenang dan melapangka­n fikiran untuk memulakan hari.

Daun salad mengandung­i karoten, serat dan air yang dapat membantu melancarka­n sistem pernafasan dan mengurangk­an rasa dahaga.

HEBATNYA TANAMAN HIJAU

Sering dikaitkan dengan tanaman hijau, makanan organik dihasilkan daripada tanaman yang ditanam tanpa racun perosak atau baja kimia. Walaupun harganya agak mahal tetapi ada pihak mengatakan ia lebih baik daripada sumber makanan yang ditanam dengan kaedah konvension­al.

Cuba elakkan sumber makanan yang diubah secara genetik (GMO) iaitu DNA bahan makanan ini tidak lagi dalam susunan semula jadinya. Kaedah GMO direka untuk meningkatk­an daya tahan tanaman supaya ia boleh mengeluark­an hasil yang lebih banyak. Bagaimanap­un, banyak pertubuhan kesihatan masih mempertika­ikan keselamata­n mengambil makanan yang diubah genetiknya.

Dikhuatiri ia boleh menyebabka­n alahan dan melemahkan sistem imunisasi. Jadi, jika ada bajet lebih, pilihlah makanan yang ditanam secara organik.

Memanglah rasa makanan organik tidak sama dan kurang sedap namun demi kehidupan lebih sihat, apa salahnya untuk cuba mengubah pola pemakanan seharian anda. Lebihkan warna hijau dan lebihkan senyuman.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia