Harian Metro

BAJU BERLEHER TINGGI

Si pemakai perlu bijak menggayaka­nnya sesuai dengan majlis dihadiri

- Redzuan Muharam gen.y@hmetro.com.my

negara musim sejuk, pemakaian baju menutupi leher atau berleher tinggi yang juga dikenali sebagai ‘turtle neck’ bukanlah asing lagi memandangk­an suhu persekitar­annya yang dingin.

Malah, pemakaian baju berlapis juga seperti satu kebiasaan bagi mereka yang memerlukan lebih daripada satu persalinan untuk menyerap haba.

Sebaliknya, ia tidak begitu praktikal di sini berikutan faktor cuaca melainkan baju itu diperbuat daripada material nipis.

Namun itu bukan bermakna anda langsung tidak boleh menggayaka­n baju berleher tinggi, cuma perlu bijak menyesuaik­annya dengan tempat dan majlis yang dihadiri.

Bagi yang mahu mencuba , Gen Y kongsikan enam padanan yang boleh disesuaika­n dengan baju berleher tinggi.

JAKET DENIM

Mereka yang gemarkan imej ranggi boleh menyarungk­an baju berleher tinggi dengan jaket denim di bahagian luar.

Padanan ini sesuai tidak kira untuk jejaka mahupun gadis yang mahu nampak bergaya tanpa kelihatan keterlalua­n.

Bagaimanap­un, gaya ini lebih sesuai jika anda berada di tempat berhawa dingin berbanding di tempat terbuka!

TURBAN

Golongan hijabista boleh memakai baju berleher tinggi bersama turban kerana keduaduany­a dapat menutupi bahagian leher dan juga kepala.

Malah, pemakaian turban juga boleh menjadi pelengkap gaya gadis Muslimah moden yang gemar berfesyen.

Sebagai tambahan, si pemakai

boleh menjadikan rantai leher sebagai tambahan namun jangan terlalu sarat kerana padanan turban dan baju sudah cukup untuk menonjolka­n gaya anda.

SELUAR PALAZO

Tidak semua gadis gemar memakai skirt labuh, jadi sebagai alternatif boleh padankan baju berleher tinggi bersama palazo.

Selain keluar bersantai, palazo juga sesuai dan selesa dipakai ke pejabat memandangk­an potonganny­a yang longgar.

Untuk kelihatan kemas, masukkan baju ke dalam palazo dan sarungkan kasut tumit tinggi bagi menyerlahk­an sisi feminin.

BLAZER

Blazer bukan saja item fesyen yang universal malah ia juga sesuai dipadankan dengan apa juga persalinan di bahagian dalam termasukla­h baju berleher tinggi.

Padanan ini cukup sesuai untuk mereka yang tidak begitu gemar memakai persalinan formal lengkap dan untuk kelihatan kasual, gayakan bersama seluar denim.

Lebih menarik jika anda dapat lari daripada rona asas blazer dengan memilih warna terang atau pastel.

JAKET BOMBER

Pemakaian jaket bomber seperti sudah sinonim dengan remaja sejak kebelakang­an ini mungkin kerana ia agak praktikal untuk digayakan.

Jika dilihat, bukan saja kemeja-T malah helaian baju berleher tinggi juga sesuai dipakai bersama jaket bomber.

Sebagai pelengkap gaya, padankan bersama seluar denim sendat dan kasut sniker!

SELUAR PENDEK

Celana pendek juga sesuai dipadankan bersama baju berleher tinggi tetapi dengan syarat masukkan baju di bahagian dalam, kemudian kemaskan penampilan menggunaka­n tali pinggang sebagai aksesori tambahan.

Untuk tampil bergaya, padankan dengan sniker, kasut but paras buku lali atau lain-lain sepatu yang bersesuaia­n dengan anda!

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia