Harian Metro

Pelengkap gaya wanita

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

Jika diteliti ko leksi beg tangan TAS KL, siapa sangka pemilik jenama dan perekanya adalah lelaki. Setiap beg yang ditawarkan cukup cantik, kemas, memikat, elegan dan paling penting, unik.

Mana hendak dicari lagi beg tangan mengkuang berwarna yang cantik dan pada harga mampu milik? Tidak kira sama ada beg kepit, jinjit atau bimbit, semuanya bo leh digayakan dengan persalinan mo den atau klasik.

Menurut perekanya, Hannef Esquander, idea untuk tampil dengan ko leksi beg tangan jenama sendiri tercetus daripada minatnya dan kecenderun­gan o rang di sekeliling terhadap fesyen, rekaan dan lukisan.

“Saya sebenarnya lulusan Ijazah Sarjana Muda TESL dari Universiti Tekno lo gi MARA. Saya pernah mengajar Bahasa Inggeris selama tujuh tahun sebelum bertukar kerjaya dalam bidang media.

“Malah sekarang saya masih lagi menjadi penulis bebas untuk ko lum fesyen dan gaya hidup akhbar serta majalah tempatan. Namun kerana minat mendalam terhadap fesyen, saya mula berjinak-jinak dalam rekaan beg dan akseso ri,” katanya.

Jelas Hannef, dia mula menyukai fesyen dan seni sejak seko lah. Minatnya kemudian berkembang selepas bekerja dalam persekitar­an yang dikeliling­i go lo ngan kreatif seperti

Beg tangan

daripada mengkuang

sesuai dengan persalinan moden atau

klasik

pelukis, pereka dan penulis.

“Secara kebetulan, saya juga sukakan beg. Sebelum lelaki sekarang membawa beg ke sana sini, saya sudah mulakan dulu trend ini ketika masih bergelar pelajar. Waktu itu memang susah untuk mencari beg lelaki yang sesuai dipakai. Kalau ada pun daripada jenama terkenal yang tidak mampu dibeli pelajar seperti saya.

“Dari situ, saya mula bereksperi­men dengan beg buatan sendiri (DIY). Kebanyakan beg yang saya ubah suai biasanya tampak lebih maskulin apabila dipakai,” katanya ketawa.

 ??  ?? BERSAMA sebahagian koleksi TAS KL yang dibawa ke studio.
BERSAMA sebahagian koleksi TAS KL yang dibawa ke studio.
 ??  ?? BEG kepit mengkuang rekaan Hannef yang cantik dan eksklusif.
BEG kepit mengkuang rekaan Hannef yang cantik dan eksklusif.
 ??  ?? PILIHAN beg jinjit.
PILIHAN beg jinjit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia