Harian Metro

Himpun 100 jenama

-

100,000 koleksi aksesori mewah, terbaik dari 10 negara dipamerkan

Jepun, Itali, Singapura, Thailand, Belgium dan Myanmar.

Menerusi pameran itu juga, penganjur turut mengumpul 100,000 koleksi barang kemas yang paling mewah dan terbaik daripada lebih 100 jenama barang kemas yang berasal dari semua negara yang mengambil bahagian.

MIJF SE 2018 turut mendapat sokongan Lembaga Pelanconga­n Malaysia Promosi, Konvensyen Malaysia & Biro Pameran (MyCEB), Persatuan Hong Kong Jewellery & Jade Manufactur­es (HKJJA), persatuan luar negara yang ada reputasi dan disahkan oleh Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE).

Sokongan yang berterusan daripada pelbagai pihak berjaya mengukuhka­n kedudukan Malaysia sebagai standard pemangkin perdaganga­n barang kemas global dan memberi bantuan dalam mempromosi­kan negara sebagai hab mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran (MICE) yang terbaik di mata dunia.

Pameran itu juga sebagai pentas menyediaka­n peluang keemasan kepada pedagang serta pereka barang kemas seluruh dunia untuk berinterak­si dan bertukar pandangan mengenai maklumat terkini pasaran dan inovasi.

Selain, ia berperanan sebagai penggerak dan pemangkin kepada industri barang kemas agar terus berkembang dan meningkatk­an daya saing secara menyeluruh dalam industri barang kemas.

Menerusi pameran itu, galeria barang kemas yang bertema ‘World Minerals Galleria’ turut dipersemba­hkan oleh AGL, pakar makmal gemologi di Malaysia.

Galeria itu mempamerka­n foto barang kemas yang eksklusif dari Sri Lanka selain memperkena­lkan proses perlombong­an tradisiona­l dan langkah dalam memproses batu asal barang kemas sehingga menjadi barang kemas yang cantik dan unik.

Pencinta barang kemas dan pengunjung yang hadir turut berpeluang menyertai beberapa siri aktiviti disediakan penganjur termasuk pemberian loket mutiara setiap hari sepanjang pameran berlangsun­g selain cabutan bertuah untuk dimenangi iaitu koleksi barang kemas bernilai melebihi RM10,000.

 ??  ?? ANTARA koleksi barang kemas yang dipamerkan.
ANTARA koleksi barang kemas yang dipamerkan.
 ??  ??
 ??  ?? MODEL menggayaka­n koleksi barang kemas dari seluruh dunia.
MODEL menggayaka­n koleksi barang kemas dari seluruh dunia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia