Harian Metro

Simbolik simpulan reben kristal

-

cinta juga ada banyak jenisnya. Di sini, kami berbangga bercakap mengenai kepelbagai­an dan ekspresi cinta.

“Sama seperti koleksi kali ini yang jelas menonjolka­n simbol cinta tradisi, bentuk hati, ia inspirasi daripada simpulan reben. Di samping komitmen pasangan untuk terus mencintai, simpulan reben juga mempunyai keunikan yang menggoda.

“Bentuk kaf tebal, simpulan cincin berlapis yang menakjubka­n serta taburan kilauan permata tanda cinta yang tidak pernah suram memenuhi cita rasa wanita.

“Di setiap bahagian, terselit pelbagai mesej cinta dan keinginan untuk terus menyayangi. Inilah yang penting buat semua wanita. Mereka mahu rasa dicintai dan dihargai,” katanya.

Jelas Nathalie, musim ini menyerlahk­an reka bentuk hiasan lebih kewanitaan yang memberi perspektif baru bermakna pada simbol hati dan simpulan. Sementara palet emas, emas mawar dan perak menyuntik elemen segar dan menggoda pada padanan busana wanita.

Turut meraikan acara paling romantik tahun ini adalah duta besar Swarovski, Karlie Kloss dan model Sepanyol, Andres Velencoso, Maggie Jiang, pasangan sebenar, Ruth Bell dan Veronika Krajplova, Kim Willecke dan Sean Dubberke serta Chiara Ferragni dan Fedez.

Selain cincin, Swarovski juga menampilka­n lambang ikatan cinta abadi menerusi rantai gaya kontempora­ri dan tersendiri. Membentuk ketegasan cinta menerusi simpulan unik, rantai ini menonjolka­n kelainan daripada halusnya seni pembuatan hinggalah kepada kemilau hiasan.

Bentuk hati digenggam kemas dengan butiran kristal swarovski tersusun indah yang menyerlahk­an penampilan insan tersayang. Umpama babak dalam drama dan filem, pilihan rantai indah ini pastinya menjadi hadiah paling sesuai untuk membangkit­kan lagi suasana romantik di meja makan.

Melengkapk­an saat romantis, ‘ikat’ pergelanga­n tangan wanita tercinta dengan gelang simpulan penuh kemilau. Semua koleksi kali ini mudah dipakai dan disuai padan dengan pelbagai busana untuk menghadiri majlis mahupun keraian.

Bagi yang selalu ada masa untuk menyulam cinta, jam Stella juga sesuai untuk menterjema­hkan perasaan cinta dan kasih sayang. Kilauan kristal membangkit­kan ciri mewah pada jam bentuk bujur ini. Pilih tali kulit rona hitam atau putih atau rantai swarovski berkilau kristal untuk cinta yang bergemerla­pan!

 ??  ?? SIMPULAN cinta dengan susunan kemilau swarovski .
SIMPULAN cinta dengan susunan kemilau swarovski .

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia