Harian Metro

Rampas 170 batang kayu ditebang haram

- Khalid Latip am@hmetro.com.my

“Tidak sangka rasa tidak sedap hati ketika pulang ke rumah selepas bertemu suami di tempatnya berniaga menjadi petanda rumah kami terbakar. Semuanya musnah dalam sekelip mata,” kata Haderah Tony, 45.

Dalam kejadian jam 8 malam kelmarin, kediaman dihuni Haderah bersama suami, 40-an, dan tiga anak mereka berusia 15 hingga 19 tahun di Kampung Hijrah, Jalan Oya, di sini, musnah sepenuhnya, sekali gus menyebabka­n keluarga malang itu tinggal sehelai sepinggang.

Haderah berkata, ketika kejadian dia bersama anaknya dalam perjalanan pulang ke rumah selepas bertemu suami di tempat berniaga dekat Jalan Permai, di sini.

Menurutnya, sepanjang memandu kereta dalam perjalanan pulang itu, dia berasa ada sesuatu tidak kena, namun tidak menyangka sesuatu yang buruk akan berlaku.

“Hujan lebat memaksa saya memberhent­ikan Bintulu: Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) merampas 170 batang kayu ditebang secara haram di Bukit Berangan Tengah, Jalan Kuap, di sini, kelmarin.

Rampasan itu dilakukan sepasukan anggota penguat kuasa dari Pejabat Wilayah SFC Kuching selepas menerima maklumat awam berhubung kegiatan menebang pokok di kawasan itu, kira-kira jam 10 pagi.

Jurucakap SFC berkata, sejurus menerima laporan itu, pegawai penguat kuasa Pejabat Wilayah SFC Kuching bergegas ke lokasi pada hari sama sebelum rampasan itu dilakukan.

“Kayu yang dirampas dipercayai ditebang dari kawasan hutan berhampira­n dan nilai keseluruha­n kayu itu belum diketahui.

“Pemeriksaa­n mendapati kayu berkenaan tidak mempunyai tanda rasmi dari Jabatan Hutan Sarawak (JHS),” katanya dalam kenyataann­ya, di sini, semalam.

Jurucakap itu berkata, selain rampasan kayu itu, sebuah lori yang digunakan untuk mengangkut kayu berkenaan turut dirampas SFC.

“Dua lelaki yang dipercayai cuba membawa keluar kayu berkenaan dari lokasi terbabit melarikan diri selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa.

“Laporan berhubung rampasan itu dibuat di

Balai Polis Kota Sentosa. Kes akan diserahkan kepada JHS untuk siasatan lanjut, selain penilaian dan tujuan pelupusan,” katanya. kenderaan beberapa kali. Ketika itu, saya juga sempat singgah di sebuah pasar raya untuk membeli baju sekolah anak kedua saya.

“Apabila sampai ke kampung, saya terkejut apabila dimaklumka­n rumah saya sudah musnah terbakar,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Katanya, keluargany­a tinggal sehelai sepinggang dan kini terpaksa menumpang sementara di rumah saudara di Kampung Bandong, di sini.

“Kami sekeluarga mendiami rumah itu sejak 2003. Saya amat sedih mendapati rumah itu hangus, namun saya bersyukur kerana kami semua terselamat biarpun kehilangan harta benda,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Sibu Misran Bisara berkata, pihaknya bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan jam 8.09 malam.

“Operasi memadam kebakaran tamat jam 9.36 malam. Setakat ini punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA bomba memadam kebakaran sebuah rumah di Kampung Hijrah, Jalan Oya, kelmarin.
ANGGOTA bomba memadam kebakaran sebuah rumah di Kampung Hijrah, Jalan Oya, kelmarin.
 ??  ?? KAYU diperoleh secara haram yang berjaya dirampas SFC.
KAYU diperoleh secara haram yang berjaya dirampas SFC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia