Harian Metro

Bantu sebar dasar, polisi kepada rakyat

-

Kota Kinabalu: Persatuan Suri dan Anggota Perkhidmat­an Awam Malaysia (PUSPANITA) cawangan Sabah perlu memainkan peranan membantu menyebarka­n dasar dan polisi kerajaan kepada rakyat.

Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Sukarti Wakiman berkata, sebagai persatuan yang terdiri daripada penjawat awam dan pelaksana dasar, ahli PUSPANITA perlu memainkan peranan lebih besar berhubung perkara itu.

“Sektor perkhidmat­an awam kini berdepan realiti semasa di mana terasnya untuk menyampaik­an perkhidmat­an mempunyai nilai tambah kepada rakyat.

“Dengan berbuat demikian, ahli PUSPANITA mampu menangkis persepsi negatif terhadap dasar kerajaan dan menjadi persatuan disegani ramai pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PUSPANITA cawangan Sabah ke-35 di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi PUSPANITA cawangan Sabah Puan Sri Hairani Hussain dan Setiausaha Persekutua­n Sabah Datuk Nor Rizan Mohd Thani.

Sukarti yang juga merangkap Penasihat PUSPANITA cawangan Sabah berkata, persatuan itu dapat memainkan peranan berkesan sebagai rakan strategik kepada kementeria­n, agensi, sektor korporat dan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Saya percaya pendekatan seperti ini dapat membantu PUSPANITA bergerak dan menyumbang kepada kemakmuran ekonomi, kesejahter­aan sosial seterusnya memartabat­kan peranan serta sumbangan wanita dalam pembanguna­n negara,” katanya.

Dalam pada itu, Hairani berkata, setakat ini seramai 6,837 ahli PUSPANITA di negeri ini dan ia membuktika­n sumbangan persatuan itu ke arah memperkasa golongan wanita.

 ??  ?? SUKARTI (dua dari kiri) menerima cenderahat­i daripada Hairani.
SUKARTI (dua dari kiri) menerima cenderahat­i daripada Hairani.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia