Harian Metro

SEWA TANAH

 Tiada lagi pemberian percuma untuk pertanian

- Sandra Albertz am@hmetro.com.my

Sarawak tidak akan memberikan lagi tanah milik kerajaan negeri kepada penduduk negeri untuk tujuan pertanian, sebaliknya akan disewakan terlebih dahulu kepada mereka yang mahu berkecimpu­ng dalam sektor itu.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg berkata, pendekatan itu diambil bagi memastikan petani yang menerima tanah berkenaan tidak menjualnya kepada individu lain untuk mendapatka­n wang segera.

Menurut beliau, sekiranya petani terbabit bersungguh-sungguh mengusahak­an tanah itu sebaik-baiknya selepas lima hingga enam tahun menyewanya, barulah tanah terbabit diserahkan kepada mereka.

“Kadang-kadang, selepas tanah milik kerajaan itu diberikan (kepada penduduk), hak milik tanah terbabit akan bertukar tangan dalam masa tiga hingga lima tahun atau dijual kepada orang lain.

“Berdasarka­n pengalaman, ada penduduk sudah menjual tanah akan memohon diberikan lagi tanah dan kemudian memburukka­n kerajaan negeri jika tidak mahu memberikan mereka tanah lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Perasmian Persidanga­n Ketua Masyarakat Mengenai Pemakai Menua Dan Pulau Galau di sini, kelmarin.

Abang Johari berkata, penduduk negeri ini boleh memohon tanah milik kerajaan negeri bagi menjalanka­n kegiatan pertanian dengan menanam apa sahaja tanaman, tetapi tanah terbabit perlu terlebih dahulu disewa.

“Berikutan dasar baru itu juga, kerajaan negeri menubuhkan kawasan dikenali ‘Agro Park’ (Taman Agro) untuk dimanfaatk­an penduduk bagi menjalanka­n aktiviti pertanian.

“Ia disediakan kepada penduduk tempatan yang tiada tanah dan mereka boleh menyewa tanah kerajaan negeri itu bagi menjalanka­n kegiatan pertanian,” katanya.

 ??  ?? ABANG Johari (tengah) memukul gong sebagai simbolik merasmikan Persidanga­n Ketua Masyarakat Mengenai Pemakai Menua Dan Pulau Galau di Kuching.
ABANG Johari (tengah) memukul gong sebagai simbolik merasmikan Persidanga­n Ketua Masyarakat Mengenai Pemakai Menua Dan Pulau Galau di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia