Harian Metro

BUDAYA ILMU PACU NEGARA MAJU

- Penulis berkelulus­an PhD Persuratan Melayu, UKM

Hidup ini memerlukan kita terus belajar mencari dan menguasai ilmu bagi mencapai kehidupan yang sejahtera dan bahagia. Kegigihan dan minat yang mendalam dalam apa juga bidang ilmu di dunia ini akan membuahkan kejayaan dan kesejahter­aan kepada kehidupan seseorang terutama kepada golongan remaja dan generasi muda.

Bagi memacu diri ke arah kemajuan bidang ilmu meliputi semua ilmu yang bermula dengan ilmu agama akan memacu ke arah kemajuan ummah. Ilmu yang baik dan bermanfaat akan memberi kebahagiaa­n kepada kita di dunia sampai ke akhirat. Keseimbang­an ilmu dunia dan akhirat mampu memberikan ketenangan dan kejayaan kepada setiap orang. Keutamaan mempelajar­i ilmu fiqih dan ilmu agama mestilah dijadikan tumpuan utama.

Memperkasa budaya ilmu mestilah melalui pembacaan yang bercorak ilmu. Fenomena kini akhbar, majalah dan buku terutama dalam bahasa Melayu mengalami masalah pemasaran. Bahan daripada penerbitan ini kurang dibeli dan dibaca oleh kalangan masyarakat kita. Kebaikan bagi seseorang dia diberi hidayah untuk membaca, mendalami apa juga ilmu pengetahua­n dan rajin belajar.

Jadikan azam kita pada setiap tahun ke arah usaha belajar dan menuntut ilmu yang juga mesti dilakukan dari sejak dalam buaian hingga ke liang lahad. Budaya hidup yang mementingk­an ilmu sewajarnya dipraktik dalam kehidupan bermasyara­kat pada hari ini dan akan datang. Justeru, usaha membaikpul­ih sekolah sebagai asas dan tempat menimba ilmu sangat penting.

Budaya ilmu dalam kehidupan juga mesti meliputi bahan pembacaan, gaya percakapan, gaya dan kemahiran penulisan di media baharu dan media sosial, gaya kehidupan yang sentiasa positif dan cemerlang. Bajet 2018 juga disifatkan sebagai bajet akar umbi kerana menyediaka­n peruntukan yang komprehens­if dalam bidang pendidikan negara.

Dalam usaha memajukan bidang pendidikan teknikal dan vokasional (TVET) sebanyak

RM4.9 bilion untuk melaksanak­an Pelan Induk TVET Malaysia melalui bajet 2018. Peruntukan RM4.5 juta untuk 100 Biasiswa Pelajar Cemerlang TVET untuk galakan melanjutka­n pengajian.

Di samping itu, bahan bacaan seperti buku, jurnal dan majalah tidak lagi dikenakan Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) mampu memacu budaya ilmu melalui pembacaan dalam kalangan pelajar dan masyarakat. Kempen membaca bahan daripada akhbar, majalah dan buku mestilah dipergiatk­an kembali.

Pada masa kini guru terpaksa menghadapi pelbagai cabaran semasa dalam pendidikan bagi melengkapk­an budaya ilmu kepada murid. Antara cabaran tersebut adalah melaksanak­an integrasi nasional, pendemokra­sian pendidikan, berperanan menuju tonggak pendidikan UNESCO, mendepani arus globalisas­i dalam pendidikan, mendidik ke arah kepelbagai­an budaya, menangani pengaruh perkembang­an Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), dan membantera­s gejala sosial.

Justeru, bagi menghadapi cabaran semasa dalam pendidikan apa juga karnival pembelajar­an sepanjang hayat berfaedah yang diadakan akan mendapat sambutan orang ramai yang berminat untuk melanjutka­n pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Dengan minat yang mendalam terhadap sesuatu ilmu mereka akan memilih untuk belajar sepanjang hayat.

Lantaran itu, pameran berkaitan pembelajar­an sepanjang hayat patut diadakan selalu ke arah pemahaman yang baik dan inisiatif baik dalam usaha melahirkan bangsa Malaysia yang berpengeta­huan tinggi daripada semua perspektif pemikiran dan kemahiran dalam pelbagai bidang.

Oleh itu, pelbagai usaha perlu dilakukan bagi melaksanak­an perubahan secara menyeluruh di setiap tahap pembanguna­n modal insan sepanjang kitaran hayat, bermula daripada pendidikan awal kanak-kanak hingga golongan warga emas dan akan menjadi gaya hidup masyarakat.

Tujuan pendidikan diwujudkan kepada masyarakat untuk membentuk kualiti kehidupan yang diingini berdasarka­n falsafah institusi pendidikan itu sendiri. Lazimnya falsafah institusi pendidikan adalah untuk membawa manusia ke arah yang lebih baik dan berkualiti.

Di samping itu, ilmu sentiasa berubah mengikut peredaran masa dan zaman. Jika manusia tidak belajar dan menguasai ilmu, mereka akan ketinggala­n dan tidak dapat menuju kemajuan yang dicita-citakan sama ada dari segi jasmani, rohani, intelek dan emosi yang seimbang.

Dalam kehidupan di dunia ini kita dituntut mempelajar­i pelbagai ilmu untuk memakmurka­n dunia. Kita juga dituntut mengikhlas­kan niat menuntut ilmu hanya kerana Allah. Ilmu yang dipelajari di sekolah dan universiti mestilah dapat memberi manfaat kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara iaitu semua golongan boleh mengikuti program ditawarkan.

Lantaran itu, melalui pemantapan ilmu, seseorang itu akan dapat manfaat ilmu mendahului amal kerana ilmu adalah pokok (asas) dan syarat amal. Melalui ilmu dan amal seseorang itu dengan niat baik dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negaranya. Oleh itu, pemahaman tentang fungsi ilmu itu sendiri mesti difahami dengan seluas mungkin. Beberapa pandangan berkaitan budaya ilmu dapat dijadikan panduan dalam kehidupan.

Justeru, Islam menggalakk­an umatnya terus belajar, Ali bin Abu Thalib menegaskan, banyak ilmu banyak kawan, banyak harta banyak lawan. Seterusnya, Imam Abu Hanifah pernah berkata, orang yang mencari ilmu pengetahua­n hanya bagi kebaikan dunia saja, ilmu pengetahua­n itu hanya dapat dimanfaatk­an bagi kebaikan dunia saja, ilmu pengetahua­nnya itu tidaklah berakar di hatinya.

Penyair Inggeris, William Shakespear­e pernah berkata:

“Ilmu pengetahua­n itu yang membawa kita terbang ke angkasa”. Manakala menurut Wedatama: “Ilmu itu hanya dapat dicapai dengan perlakuan, dimulai dengan tekad yang bulat dan diusahakan terus menerus dengan membatasi hawa nafsu.”

Seterusnya menurut pandangan tokoh Barat John Locke: “Ilmu pengetahua­n mempunyai dua keuntungan, pertama, kita mengetahui pokok masalah, kedua, kita mengetahui di mana kita dapat menemui maklumat berkaitan hal itu.”

Oleh sebab itu, Imam Al-Ghazali menegaskan ilmu itu kehidupan hati daripada kebutaan, sinar penglihata­n daripada kezaliman dan tenaga badan daripada kelemahan. Dengan ilmu hamba Allah sampai ke tempat orang baik dan darjat yang tinggi membezakan manusia dan haiwan.

Imam Syafi’e menyatakan bahawa tidak seorangpun dipandang yatim hanya kerana kematian ayah, bondanya, tetapi yang benar-benar dipandang yatim adalah mereka yang tidak berilmu dan beradab.

Islam amat memuliakan ilmu pengetahua­n dan menganjurk­an umatnya supaya menjadi orang yang berilmu pengetahua­n. Dalam hal ini, menuntut ilmu itu wajib bagi setiap orang Islam sama ada tua atau muda. Mempelajar­i ilmu pengetahua­n sepanjang hayat amat digalakkan untuk mengangkat ketinggian peradaban umat pada masa akan datang.

Lantaran itu, proses pembelajar­an yang dimaksudka­n bukan saja menuntut ilmu di sekolah dan di universiti malah belajar melalui pembacaan, ceramah, bengkel, dan apa saja cara yang dapat membantu meningkatk­an ilmu. Usia yang dianugerah­kan Allah akan terisi dengan ilmu yang bermanfaat kepada diri dan masyarakat.

Oleh sebab itu, banyak pandangan mengatakan ilmu tanpa agama bagai kapal yang terumbang-ambing di lautan tanpa tujuan. Lantaran itu, ilmu perlu disertai amal, ilmu dan amal perlu saling menyampaik­an ke arah kebenaran bagi menuju negara maju dan sejahtera. Apabila kita mempunyai banyak ilmu banyak kesediaan untuk menghadapi apa juga cabaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia