Harian Metro

DUA PEGAWAI IMIGRESEN DIDAKWA

Dua pegawai JIM didakwa bawa masuk warga Bangladesh secara haram

- Mohd Husni Mohd Noor mhusni@hmetro.com.my

Sepang

Dua pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan penyeludup­an migran di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) masing-masing pada 20 November dan 6

Disember tahun lalu.

Berdasarka­n kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh, Abd Faiz Hannan Ibrahim, 24, dan Adly

Affandy Abdul Rahim, 34, didapati melakukan kesalahan itu di Kaunter Kawalan Masuk Udara, Aras 3, Balai Ketibaan, KLIA.

Tertuduh pertama, Abd Faiz berasal dari Penampang, Sabah dituduh menyeludup migran warga Bangladesh, Abdul Momen di lokasi sama jam 10.30 pagi pada 20 November lalu.

Sementara, Adly Affandy yang berasal dari Semenyih, Selangor pula dituduh melakukan kesalahan sama di lokasi sama antara jam 8.30 hingga 9.30 pagi pada 6 Disember tahun lalu kerana menyeludup dua migran warga Bangladesh iaitu Md Mosarof dan Ashabul Haque.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagan­gan Orang dan Penyeludup­an Migran (ATIPSOM) 2007 kerana menjalanka­n kegiatan penyeludup­an migran.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak melebihi 15 tahun dan boleh dikenakan denda atau kedua-duanya.

Selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Saifulakma­l Mod Said, kedua-dua tertuduh bagaimanap­un mengaku tidak bersalah.

Saifulakma­l kemudian menetapkan kes berkenaan dipindahka­n ke Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor selepas membenarka­n permintaan Timbalan Pendakwa Raya Ungku

Alfiati Zabeidah Ungku Ismail.

Bagaimanap­un, tiada tarikh ditetapkan untuk pindaan kes berkenaan.

Abd Faiz tidak diwakili peguam manakala, Adly

Affandy pula diwakili peguam bela

Zafran Zafri Mohd

Zaini.

Sementara itu,

Zafran berkata, anak guamnya tidak boleh diikat jamin kerana terikat dengan aturan Akta Kesalahan Keselamata­n (Langkah-Langkah Khas 2012) (SOSMA).

Terdahulu, kedua-dua tertuduh tiba di Mahkamah Sepang jam 10 pagi dalam keadaan tangan bergari dan diiringi anggota polis.

Turut sama mengikuti prosiding berkenaan adalah ahli keluarga Adly Affandi.

Harian Metro pada 17 Januari lalu melaporkan tiga pegawai JIM ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengikut SOSMA kerana bersekongk­ol dengan sindiket penyeludup­an migran.

Menurut sumber, seorang lagi pegawai imigresen yang ditahan, tetapi tidak didakwa akan diserahkan kepada JIM untuk dikenakan tindakan tatatertib.

Empat dalang utama iaitu Rasel, Mutalab, Nil Chan dan Maasom yang juga digelar

sebagai Raja Seludup itu dilapor memperoleh laba RM5.2 juta setahun turut berjaya dikenal pasti hasil risikan berkenaan.

Sindiket dikuasai empat warga Bangladesh itu dilapor mengenakan bayaran RM15,000 hingga RM20,000 bagi setiap orang migran yang diseludup ke negara ini.

Hasil siasatan juga mendapati, RM3,500 hingga RM4,000 diberikan sindiket kepada pegawai imigresen di KLIA untuk melepaskan migran Bangladesh ketika melalui pemeriksaa­n di pintu masuk utama itu.

 ??  ??
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro 20 Disember tahun lalu.
LAPORAN Harian Metro 20 Disember tahun lalu.
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro 15 Disember tahun lalu.
LAPORAN Harian Metro 15 Disember tahun lalu.
 ??  ??
 ??  ?? DUA pegawai JIM dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Sepang atas tuduhan menyeludup
migran di KLIA.
DUA pegawai JIM dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Sepang atas tuduhan menyeludup migran di KLIA.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia