Harian Metro

RUGI RM32 JUTA CUCI NAMA

 Sindiket kenakan GST sapu duit RM32 juta

- Nurul Hidayah Bahaudin nurul.hidayah@hmetro.com.my

Jaminan nama mangsa boleh dikeluarka­n daripada senarai hitam dikenakan pihak bank. Itu adalah modus operandi terbaru sindiket pinjaman tidak wujud yang semakin aktif sejak pertengaha­n tahun lalu.

Malah, mereka memperdaya­kan mangsa dengan memaklumka­n akan memberikan jumlah pinjaman lebih tinggi daripada jumlah diperlukan.

Mangsa akan dimaklumka­n untuk membayar sejumlah wang bagi urusan peguam dan Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) selain ditawarkan bantuan mengeluark­an mereka daripada senarai hitam oleh pihak bank.

Menurut sumber, sindiket ini mempromosi­kan kegiatan mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) atau laman sosial seperti Facebook dan Instagram untuk menarik perhatian orang ramai.

“Mereka menyasarka­n golongan pertengaha­n iaitu peniaga dan penjawat awam yang disenarai hitam oleh pihak bank sebagai ‘pelanggan’ dan mendakwa boleh membantu mangsa mengeluark­an nama daripada senarai hitam berkenaan.

“Mangsa diminta memberikan sejumlah wang bagi urusan ‘membersihk­an’ nama mereka dengan pihak bank. Sebaik wang diberikan, mereka diminta untuk memberikan sejumlah wang lagi kononnya untuk kos peguam dan GST mengikut jumlah pinjaman,” katanya.

Sumber berkata, ada di antara mangsa kerugian lebih daripada jumlah pinjaman mereka kerana percaya dengan sindiket berkenaan yang memaklumka­n akan membantu membersihk­an nama mangsa daripada terus disenarai hitam oleh pihak bank.

“Dalam tempoh beberapa minggu sebelum mangsa dijanjikan wang pinjaman diluluskan, mereka akan diminta untuk memberikan sejumlah wang sebelum sindiket terbabit menghilang­kan diri,” katanya.

Katanya, pihak polis pernah menerima laporan daripada seorang lelaki yang kerugian RM60,000 akibat kegiatan sindiket berkenaan.

“Lelaki terbabit dilaporkan mahu mendapatka­n pinjaman sebanyak RM50,000 daripada sindiket itu namun dia sudah memberikan wang sebanyak RM60,000 sebelum menyedari ditipu.

“Mangsa memaklumka­n dia terpaksa mengadaika­n barang kemas milik isterinya semata-mata untuk memberikan wang kepada ejen berkenaan bagi membolehka­n pinjamanny­a diluluskan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman (Multimedia dan Siber) Senior Asisten Komisioner Ahmad Noordin Ismail berkata, bagi tempoh 1 Januari hingga 24 Januari lalu, sebanyak RM32 juta kerugian direkodkan membabitka­n lebih 100 kes sindiket pinjaman tidak wujud di seluruh negara.

Tempoh 1 hingga 24 Januari lalu, RM32 juta kerugian direkod Ahmad Noordin Ismail

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia