Harian Metro

CURI DUIT KUCING SAKIT

 Peminta sedekah palsu perdaya orang ramai kononnya kutip derma dana caj rawatan

- lapor Mohd Hasbi Sidek dan Nurul Hidayah Bahaudin

Mengambil kesempatan terhadap sikap penyayang orang ramai, segelintir individu bertindak mengutip derma di laman sosial konon untuk kucing teraniaya, tetapi hakikatnya wang masuk ke poket sendiri. Malah, ada yang berjanji membuka pusat jagaan kucing namun siasatan mendedahka­n ia sebenar penipuan,

Naluri semula jadi manusia terutama pencinta haiwan akan mudah tersentuh tatkala melihat kucing terbiar, sakit atau dibuang di jalanan.

Perasaan itu diambil kesempatan individu tertentu untuk meraih wang mudah dengan mewujudkan tabung derma simpati melalui laman sosial.

Mereka yang terbabit bijak memperdaya orang ramai kononnya wang kutipan ihsan itu akan digunakan bagi caj rawatan di klinik haiwan serta kos memelihara kucing jalanan berkenaan.

Malah ada juga mendakwa menggunaka­n duit derma itu untuk membuka pusat jagaan kucing namun siasatan mendapati pusat berkenaan tidak wujud.

Perkara itu didedahkan Pengerusi Pertubuhan Sahabat Kucing Jalanan Mohd Rosli Ariffin yang menyedari wujud banyak ‘peminta sedekah’ palsu khusus untuk membantu kucing terutama di laman sosial Facebook.

Menurutnya, wujud beberapa akaun yang memuat naik status di Facebook yang memaklumka­n memerlukan bantuan kewangan bagi membantu kucing jalanan yang ditemui mendapatka­n rawatan.

“Mereka akan memuat naik gambar kucing jalanan yang dikatakan ditemui dalam keadaan teruk sama ada akibat dilanggar atau dijangkiti penyakit dan memaklumka­n tidak mempunyai wang untuk

Mereka akan memuat naik gambar kucing jalanan yang dikatakan ditemui dalam keadaan teruk sama ada akibat dilanggar atau dijangkiti penyakit dan memaklumka­n tidak mempunyai wang untuk membiayai kos perubatan haiwan itu”

Mohd Rosli Ariffin

membiayai kos perubatan haiwan itu,” katanya.

Beliau berkata, mereka memang tidak dapat dihubungi apalagi selepas sumbangan dihulurkan.

“Jika yang dapat dihubungi pun mereka akan memberi alasan mudah kononnya kucing itu sudah mati tanpa memberikan bukti dan resit rawatan diterima di klinik,” katanya.

Mohd Rosli berkata, ramai ahli persatuan yang menyedari helah itu dan cuba memberi amaran terhadap penipuan dijalankan.

“Namun pemilik akaun bertindak menyekat kami daripada mengakses serta berkomunik­asi kerana bimbang taktik terbabit terbongkar,” katanya yang menguruska­n Pusat Perlindung­an Kucing di Sungai Buah, Dengkil, Selangor,

Sementara itu Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman (Multimedia dan

Siber) Senior Asisten Komisioner Ahmad Noordin Ismail berkata, sekurang-kurangnya 50 aduan penipuan menggunaka­n taktik ini diterima sejak tahun lalu.

“Biasanya mangsa akan menderma sekurangku­rangnya antara RM50 hingga RM1,000. Saya yakin angka yang ditipu lebih tinggi kerana mungkin ada yang tidak membuat laporan polis kerana menganggap jumlah kerugian itu kecil,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatk­an orang ramai menyelidik terlebih dulu sebelum mempercaya­i maklumat dikongsika­n di media sosial bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia