Harian Metro

RAHMAT CINTA

Sentiasa sucikan hati daripada iri, dendam, benci, segala sifat negatif

- Penulis ialah pendakwah dan penulis buku

Allah SWT memberikan kita semua sifat kasih sayang. Maka, cinta tanpa syarat perlu kita serahkan kepada-Nya. Allah hanya menerima cinta yang suci tanpa dikongsi sebarang kesyirikan.

Menerusi firman-Nya yang bermaksud: “Dan di antara manusia ada orang yang mengambil tandingan selain Allah, mereka mencintain­ya sebagaiman­a mereka mencintai Allah. Adapun orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah. Dan jika seandainya orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat seksa (pada hari kiamat), bahawa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya dan bahawa Allah amat berat seksaan-Nya (nescaya mereka menyesal).” (Surah al-Baqarah, ayat 165)

Allah menanam fitrah manusiawi kepada insan untuk saling mencintai kerana Allah. Itu cinta seorang Nabi kepada umatnya, cinta ibu bapa kepada anak-anaknya serta cinta anak-anak kepada ibu bapa mereka.

Begitu juga, cinta suami isteri terhadap pasangan hidupnya. Cinta sesama manusia ditegakkan dengan adil iaitu meletakkan sesuatu kena pada tempatnya dan ihsan (kasihan belas).

Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhn­ya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkara­n dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran.” (Surah al-Nahl, 90)

Dalam ikatan kasih sayang sesama manusia, peringkat paling rendah ialah ‘salamatus sodr’ iaitu berlapang dada. Sentiasa menyucikan hati daripada iri, dendam, benci dan segala rasa negatif.

Manakala, peringkat paling tinggi ialah itsar. Contohnya, kasih sayang terjalin antara Saad bin al Rabi’ dengan Abdul Rahman bin Auf.

Selepas Rasulullah SAW mempersaud­arakan mereka, Saad bin al Rabi’ sanggup membahagik­an kekayaanny­a.

Namun, Abdul Rahman bukan suka mengambil kesempatan di atas kebaikan orang lain dan beliau hanya minta ditunjukka­n jalan ke pasar.

Beliau lebih rela mencari peluang perniagaan sendiri biarpun perlu bermula dari bawah. Bukankah tangan yang memberi itu lebih baik daripada tangan yang menerima?

Mengapa seseorang hilang kasih sayang dalam dirinya? Terdapat banyak faktor, antaranya ialah:

Lemah iman

Kasih sayang ada kaitan dengan keimanan. Allah berfirman dalam surah

al-Hujurat, ayat 10, bermaksud: “Orang-orang beriman itu sesungguhn­ya bersaudara. Sebab itu damaikanla­h (perbaikila­h hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.”

Apabila iman lemah maka hubungan dengan Allah turut lemah hingga lemah kasih sayang.

Suka mengejek orang

Sikap suka menghambur­kan sikap negatif seperti mengejek dan mentertawa­kan orang lain juga boleh menghakis kasih sayang dalam diri.

Firman Allah dalam surah al-Hujuraat, ayat 11, bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak

(dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahny­a yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan itu yang menyebabka­n orang yang melakukann­ya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang yang zalim.

Hidup bergeluman­g dengan maksiat, arak dan judi

Kesan pemakanan termasuk minuman dan perbuatan memberi kesan kepada cara kita berfikir dan bertindak.

Allah mengingatk­an, “Sesungguhn­ya syaitan itu bermaksud hendak menimbulka­n permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu dan menghalang­i kamu dari mengingat Allah dan sembahyang, maka berhentila­h kamu (dari mengerjaka­n pekerjaan itu).”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia