Harian Metro

DUA ‘PERGI’ DALAM 5 JAM

Wanita lemas kereta masuk tali air ketika ziarah arwah ibu

- Amirul Aiman Hamsuddin am@hmetro.com.my

“Dalam tempoh tidak sampai lima jam saya kehilangan dua insan tersayang... jam 6 pagi tadi (semalam) arwah emak meninggal dunia akibat sakit tua manakala jam 10.30 pagi pula kakak terbabit kemalangan dan meninggal dunia,” kata Siti Aisyah Ithnin, 33.

Siti Aisyah adalah adik kepada Nor Zaarah Ithnin, 56, yang maut dalam kemalangan di Jalan Ban Kenal, Sungai Burong, semalam.

Dalam kejadian itu, kereta Honda Jazz yang dipandu anak Nor Zaarah dipercayai hilang kawalan sebelum terjunam ke tali air, sementara anaknya Noraini Bohari, 31, diselamatk­an orang ramai sebelum dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatka­n rawatan.

Manakala Nor Zaarah meninggal dunia akibat lemas dan mayatnya ditemui pada jam 1.51 tengah hari oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam.

Siti Aisyah berkata, arwah kakaknya menetap di Jenjarom, Banting dan ketika kejadian dua beranak itu dalam perjalanan ke rumah arwah ibu di Parit 5 1/2 Barat, Sungai Besar.

“Ketika kami memaklumka­n mengenai pemergian arwah emak, kakak pesan jangan tunggu dia kerana dia mungkin lambat. Bagaimanap­un, kami terkejut apabila dimaklumka­n mengenai kejadian ini,” katanya.

Katanya, jenazah kakaknya dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Ijtimaie, Tebuk Pulai, Sabak Bernam bersebelah­an kubur arwah ibu mereka.

Sementara itu, Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Alimaddia Bukri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.43 pagi sebelum 12 anggota dari BBP Tanjung Karang bersama enam anggota PPDA dari BBP Shah Alam dikejarkan ke lokasi.

Katanya, mangsa pertama berjaya diselamatk­an orang awam yang berada di lokasi itu dan wanita itu yang tidak sedarkan diri dihantar ke Hospital Sungai Buloh.

“Manakala mangsa kedua ditemui oleh anggota PPDA sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA bomba mengangkat mayat mangsa yang terbabit nahas. Gambar kecil, keadaan kereta mangsa.
ANGGOTA bomba mengangkat mayat mangsa yang terbabit nahas. Gambar kecil, keadaan kereta mangsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia