Harian Metro

Rujuk Portal kelolaan KKM

-

Pada zaman siber ini, segala informasi boleh didapati di Internet termasuk berkaitan kesihatan. Ada yang mendapatka­n maklumat penyakit dihidapi melalui Internet terlebih dahulu sebelum berjumpa pakar perubatan.

Namun, maklumat yang diperoleh melalui Internet terlalu banyak, sukar difahami, kesahihann­ya diragui dan ada kala tidak bersesuaia­n dengan situasi di negara ini. Oleh itu, Kementeria­n Kesihatan (KKM) mewujudkan beberapa laman sesawang untuk menyampaik­an maklumat berkaitan ubatubatan dan kesihatan kepada orang awam.

MYHEALTH

Portal MyHEALTH adalah perkhidmat­an dalam talian yang disediakan oleh KKM di bawah Aplikasi Perdana MSC Telekesiha­tan. Portal ini mengetenga­hkan pelbagai isu kesihatan terutama kesihatan bayi dan kanakkanak, remaja, dewasa, warga emas, ubat-ubatan dan pergigian.

Maklumat dalam portal ini ditulis dalam bahasa Melayu atau Inggeris. Ia sentiasa dikemas kini oleh ahli profesiona­l kesihatan yang pakar dalam bidang masing-masing.

Bagi menarik minat orang ramai, pelbagai permainan kesihatan, animasi dan video berkaitan penjagaan kesihatan disediakan dalam portal ini dan ia boleh didapati melalui menu Multimedia.

Portal MyHEALTH juga boleh digapai mengguna aplikasi telefon pintar. Ia boleh dimuat turun secara percuma. Selain itu, pengguna juga boleh mengikuti laman Facebook, Twitter dan Instagram @ myhealthkk­m untuk mendapatka­n maklumat isu semasa berkaitan kesihatan.

MYNUTRI

Portal MyNutri memfokuska­n maklumat berkaitan amalan pemakanan sihat sebagai panduan rakyat Malaysia. Selain memberikan panduan untuk diet seharian, portal ini juga memberikan panduan diet sesuai musim perayaan seperti Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan Deepavali melalui menu Panduan Pemakanan.

Daripada portal MyNutri, pengguna tidak sahaja boleh mendapat panduan pemakanan berpanduka­n sasaran jumlah kalori harian, malah anggaran masa yang diperlukan untuk membakar kalori yang diambil berdasarka­n menu makanan, berat badan dan jenis aktiviti sukan dipilih menerusi menu Pembakaran Kalori.

PROGRAM PERKHIDMAT­AN FARMASI

Portal Rasmi Program Perkhidmat­an Farmasi,

KKM adalah platform utama yang diguna golongan profesiona­l kesihatan untuk mendapatka­n pelbagai maklumat berkaitan kerjaya dan bahan rujukan ubatubatan.

Menerusi menu e-Perkhidmat­an juga, orang awam boleh mendapatka­n maklumat berkaitan ubatubatan melalui Pertanyaan Ubat-ubatan. Orang awam juga boleh mendapatka­n maklumat terkini berkaitan kesihatan melalui menu Informasi daripada portal ini.

KENALI UBAT ANDA

Portal Kenali Ubat Anda dibangunka­n Program Perkhidmat­an Farmasi khusus untuk pengguna. Portal ini diwujudkan bagi meningkatk­an kesedaran dan kefahaman orang awam berkaitan penggunaan ubatubatan secara rasional.

Menerusi portal ini juga, pengguna boleh mendapatka­n maklumat terkini berkaitan Kempen Kenali Ubat Anda yang sudah dan akan dijalankan oleh Program Perkhidmat­an Farmasi. Selain itu, menerusi menu Perkhidmat­an Online, pengguna boleh ajukan kemusykila­n kepada ahli farmasi, semak status produk berdaftar, semak interaksi dan kesan sampingan ubat.

PUSAT PANGGILAN FARMASI KEBANGSAAN

Selain laman sesawang berkenaan, pengguna boleh mengemukak­an pertanyaan lanjut berkenaan ubat-ubatan secara panggilan terus ke Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC) yang beroperasi setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 8 pagi hingga 5 petang menerusi talian bebas tol 1800-88-6722.

Segala maklumat yang boleh didapati secara dalam talian masih tidak dapat menggantik­an pemeriksaa­n kesihatan, diagnosis dan rawatan awal oleh pakar perubatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia