Harian Metro

RUMAH PUSAKA WAJAH BARU

-

Ramli bersama Skuad STB gotong-royong

baik pulih 10 rumah terjejas banjir

“Rumah ini adalah rumah pusaka keluarga kami. “Saya gembira ada pihak sudi membantu membaiki rumah yang terjejas akibat banjir pada November tahun lalu,” kata Seni Azi Aris, 53, penduduk Kampung Bunga, Tenghilan, di sini.

Rumah Seni antara 10 rumah di daerah ini yang dibaik pulih secara gotong-royong oleh ahli Skuad Tangan Bersalaman (STB)

Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.

Penerima bantuan dipilih berdasarka­n senarai e-Kasih iaitu sistem pengkalan data keluarga yang berada di paras kemiskinan.

Seni berkata, rumah itu dihuni tiga wanita termasuk dirinya, ibu, Suli Sani, 83, dan adik perempuann­ya, Jamiah Azi Aris, 45.

Wanita itu berkata, rumahnya dalam keadaan usang kerana dihuni sejak 40 tahun lalu.

Dia yang bekerja sebagai peniaga barang runcit dan menjual kuih secara kecil-kecilan berkata, rumahnya semakin daif apabila dilanda banjir pada November tahun lalu.

“Saya gembira apabila tenaga sukarelawa­n STB yang juga warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) membantu membaik pulih rumah kami,” katanya selepas ditemui pada Majlis Pelancaran Baik Pulih Rumah Secara Gotong-royong dan STB di sini, semalam.

Ia disempurna­kan Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Ramli Din.

Hadir sama, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Hajiji Mohd Noor, Pengerusi Lembaga Pelanconga­n Negeri Datuk Joniston Bangkuai dan Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Tamparuli Datuk Jahid Jahim.

Sementara itu, Ramli berkata, STB ialah pasukan sukarelawa­n yang ditubuhkan PDRM Sabah sebagai pasukan sokongan dalam membantu masyarakat ketika atau selepas berlaku bencana alam.

Ia dianggotai kira-kira 300 warga PDRM dan membabitka­n pegawai dan anggota.

 ??  ?? Seni Azi di hadapan rumahnya yang dibaik pulih skuad STB.
Seni Azi di hadapan rumahnya yang dibaik pulih skuad STB.
 ??  ?? SKUAD STB mengecat rumah mangsa banjir di Kampung Bunga Tenghilan, Tuaran.
SKUAD STB mengecat rumah mangsa banjir di Kampung Bunga Tenghilan, Tuaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia