Harian Metro

BAU HANGIT API MISTERI

Kejadian pelik ganggu penghuni pusat pemulihan dadah

- Amrullah Abdul Karim news@nstp.com.my

“Api misteri ini akan muncul mendadak dan membakar kediaman penghuni. Kebiasaann­ya ia hanya disedari sebaik penghuni terhidu bau hangit,” kata pengurus Rumah Teduhan Kasih, Mohd Audi Azlie Mat Tahar, 39, yang pelik dengan kejadian misteri dialami sejak tujuh hari lalu.

Menurutnya, kebakaran yang terjadi tanpa punca itu memusnahka­n pelbagai barangan kegunaan harian penghuni di dua unit kediaman teres dua tingkat di kawasan perumahan Jalan Kelab Golf Bukit Beruntung, di sini.

“Malah saya tambah pelik apabila kunci van, kunci motosikal, telefon bimbit, selipar dan kopiah penghuni turut hilang.

“Kejadian dipercayai berpunca daripada gangguan makhluk halus itu turut memberi petunjuk ganjil dan menimbulka­n tanda tanya,” katanya.

Mohd Audi berkata, kejadian aneh itu bermula pada pagi 28 Januari lalu apabila almari pakaian milik seorang daripada 37 penghuni pusat pemulihan dadah itu terbakar dari bahagian dalam.

“Kebakaran memusnahka­n pakaian, tilam dan barangan lain. Kejadian pelik itu berlarutan hingga hari ini dan masih tidak terkawal.

“Ini memaksa kami mengeluark­an semua barangan yang ada dan meletakkan­nya di luar kediaman supaya mudah diawasi,” katanya.

Namun lima hari kemudian mereka dikejutkan pula dengan kehilangan barangan seperti kunci van dan telefon bimbit.

“Peliknya selepas lebih tujuh jam kejadian, barangan itu ditemui semula di tempat lain dalam keadaan basah,” katanya ketika ditemui, semalam.

Menurutnya, kehilangan kunci van disedari apabila penggera kenderaan berbunyi mendadak sebelum kunci diletakkan di dalam pejabat hilang begitu saja.

Mohd Audi Azlie berkata, dia mencuba pelbagai cara untuk mendapatka­n petunjuk dan penyelesai­an termasuk mendapatka­n khidmat pengamal perubatan Islam namun masih buntu.

“Saya cuba tinggalkan kertas kosong dan pen di dalam sebuah bilik dan terkejut bila kertas itu tertera perkataan ‘tutup’,” katanya.

Menurutnya, enam pengamal perubatan menawarkan bantuan untuk menyelesai­kan masalah itu namun kejadian pelik berkenaan masih berlarutan.

FAKTA Enam pengamal perubatan tawar bantuan selesai masalah tetapi masih berlarutan

 ??  ?? API misteri marak atas katil milik penghuni Rumah Teduhan Kasih Bukit Beruntung dan rawatan dilakukan pengamal perubatan Islam ketika api membakar kerusi plastik di ruang tamu rumah pemulihan dadah itu (gambar kecil).
API misteri marak atas katil milik penghuni Rumah Teduhan Kasih Bukit Beruntung dan rawatan dilakukan pengamal perubatan Islam ketika api membakar kerusi plastik di ruang tamu rumah pemulihan dadah itu (gambar kecil).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia