Harian Metro

SUAMI SANGKUT DI SEMARANG

- Yusmizal Dolah Aling news@nstp.com.my

“Alhamdulil­lah, hasrat untuk bertemu suami menjadi kenyataan. Lega dapat lihat dia depan mata walaupun nampak sedikit lemah, tapi dia sihat,” kata Sharifah Arfah Syed Ali, 54.

Kerani sebuah sekolah di Alor Gajah, Melaka itu berkesempa­tan mengunjung­i suaminya, Zulkifli Hashim, 54, yang kini ditahan pihak berkuasa Indonesia di Balai Polis Kendal, Semarang, Jawa Tengah, sejak 13 Januari lalu kerana kesalahan melarikan kenderaan sewa.

Katanya, walaupun sedih mengenangk­an nasib suami yang akan dibicaraka­n minggu depan, dia tetap bersyukur kerana hasil perbincang­an empat mata bersama Briged Negaraku di sini, kelmarin, pemilik kereta bersetuju untuk menarik balik laporan polis yang dibuat sebelum ini.

Katanya, Zulkifli berada di negara itu sejak Oktober lalu atas urusan kerja sebelum rakannya melarikan kereta yang disewa mereka menyebabka­n suaminya itu diburu polis.

“Suami saya mengambil upah untuk membawa balik barangan dari Semarang untuk dijual di Malaysia. Tetapi selepas sebulan, rakan niaganya yang juga warga tempatan itu melarikan diri bersama kereta sewa.

“Dia pula terpaksa mencari kereta itu kerana daftar sewa di atas namanya namun tuan punya kereta yang dikenali sebagai Ina sudah pun membuat laporan polis.

“Kemudian, suami ditahan lebih dua minggu lalu di Balai Polis Kendal, Semarang.

“Saya pula buntu memikirkan bagaimana untuk membantu sehingga dipertemuk­an dengan Briged Negaraku yang ingin membantu membawa saya bertemu suami apatah lagi, dia pula sedang sakit lemah jantung,” katanya.

Dalam pertemuan diaturkan Briged Negaraku yang diketuai Naib Presidenny­a Dr Muhamad Akmal Saleh, pemilik kereta berkenaan menarik balik laporan atas dasar kemanusiaa­n dan simpati kepada keluarga Sharifah.

Kedua-dua pihak juga bersetuju menyelesai­kan kes berkenaan secara baik dengan semangat persaudara­an dan disaksikan pegawai polis di balai berkenaan.

Dr Muhamad Akmal berkata, pihaknya terpanggil untuk membantu Sharifah dengan menghantar pasukan kecemasan yang disertai Penolong Pegawai Perubatan Zulasri Shaarani dan sukarelawa­n Norul Haslina Abu Hassan Shaari untuk memantau keadaan Zulkifli.

“Beliau nampak sihat, namun mengalami bengkak kaki dan keletihan. Briged juga sudah merujuk kepada Kedutaan Malaysia di Jakarta, namun disebabkan ia kes jenayah, Zulkifli perlu dibicaraka­n yang dijangkaka­n pada minggu depan.

“Pada peringkat ini, kami sudah membantu sedaya

Rakyat kita pergi berniaga di Indonesia ditahan

selepas rakan larikan kereta sewa

yang mungkin dan berharap beliau dikenakan hukuman ringan kerana kes itu sudah pun selesai selain keadaan kesihatann­ya tidak begitu mengizinka­n,” katanya yang akan pulang ke tanah air hari ini.

 ??  ?? SHARIFAH Arfah berbual dengan suami melalui lubang kecil di balai polis. SHARIFAH Arfah (kanan) berpelukan dengan Ina.
SHARIFAH Arfah berbual dengan suami melalui lubang kecil di balai polis. SHARIFAH Arfah (kanan) berpelukan dengan Ina.
 ??  ?? SHARIFAH Arfah (kanan) bersalaman dengan Ina.
SHARIFAH Arfah (kanan) bersalaman dengan Ina.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia