Harian Metro

IAM sedia pertemu tiga beranak

-

Bangkok (Thailand): Selepas lima tahun tidak bertemu dua anaknya, impian seorang banduan Malaysia yang kini meringkuk di Pusat Koreksiona­l Tahanan Wanita Chatuchak, di sini, bakal direalisas­ikan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kemanusiaa­n, Islamic Aid Malaysia (IAM) yang bersedia mempertemu­kan tiga beranak berkenaan.

Presiden IAM Zawahir Abdullah berkata, pihaknya menerusi program Jejak Tirai Besi bersedia membantu meringanka­n beban ahli keluarga tahanan di Malaysia yang hilang sumber pendapatan akibat ketua keluarga yang ditahan di penjara luar negara.

“Kami fokus kepada keluarga tahanan yang susah serta mempunyai anak yang masih bersekolah.

“Difahamkan juga, dua anak kepada banduan Malaysia, Nor masih belajar dan kami akan melihat apa bentuk bantuan yang diperlukan,” katanya kepada Metro Ahad.

Muka depan Harian Metro semalam melaporkan kisah Nor, salah seorang keldai dadah rakyat Malaysia yang kini rindu untuk bertemu dua anak lelakinya.

Nor, 52, dipenjarak­an selama 72 tahun di penjara negara gajah putih itu atas kesalahan membawa syabu seberat empat kilogram, lima tahun lalu.

Wanita berasal dari Pulau Pinang itu dijatuhi hukuman 72 tahun penjara namun mendapat pengampuna­n pertama dan perlu menjalani hukuman 49 tahun.

Zawahir berkata, pihaknya tersentuh selepas melihat keadaan Nor dalam penjara berkenaan yang begitu merindui dua anaknya.

“Kami akan cuba membantu membawa dua anak lelaki Nor yang kini berusia 17 dan 18 tahun untuk bertemu ibu mereka di Bangkok.

“Tetapi kami sangat memerlukan bantuan khususnya untuk membiayai perjalanan mereka di negara orang,” katanya.

Katanya, IAM juga akan cuba mencari dua anak lelaki Nor itu yang difahamkan kini berada di Melaka.

Orang ramai atau persendiri­an ingin membantu mempertemu­kan tiga beranak berkenaan boleh menghubung­i IAM di talian 03-89485939/0193973558.

 ??  ?? ZAWAHIR
ZAWAHIR
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia