Harian Metro

TAK DIHARAM TAPI...

- Hadzlihady Hassan hadzlihady@hmetro.com.my

Pengguna disaran tidak minum kopi pacak walaupun tiada arahan henti jualan

Penjualan kopi pracampura­n 4 dalam 1 perisa durian yang menyebabka­n lima individu dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) kerana simptom letih dan lesu tidak akan diharamkan.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, berkata buat masa ini tiada arahan untuk menghentik­an penjualan kopi itu namun orang ramai dinasihatk­an tidak minum kopi berkenaan sementara menunggu laporan lengkap.

“Walaupun tidak dihentikan jualannya namun sebagai pengguna lebih baik kita hentikan dulu daripada minum kopi berkenaan.

“Ini kerana ada kemungkina­n kopi terbabit diletakkan dadah oleh orang lain yang juga pesaing kepada syarikat berkenaan yang mahu menjatuhka­n perniagaan­nya,” katanya pada sidang media selepas merasmikan program

peringkat negeri, semalam.

Dr Hilmi berkata, setakat ini pihaknya masih menunggu laporan lengkap berhubung kandungan kopi campuran itu untuk tindakan seterusnya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Pulau Pinang, Dr Wan Mansor Hamzah, berkata siasatan berhubung kes kopi pracampura­n 4 dalam 1 berperisa durian itu kini diserahkan sepenuhnya kepada polis selepas ia didapati tercemar dengan dadah.

Menurutnya, pihaknya sudah membuat laporan berhubung kes terbabit pada Khamis lalu dan ia kini diserahkan sepenuhnya kepada polis untuk siasatan lanjut.

“Kami tidak boleh merampas kopi terbabit kerana hasil pemeriksaa­n mendapati kandungann­ya mungkin tercemar di luar kilang,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Kelmarin, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar, berkata siasatan awal pihaknya tidak menolak kemungkina­n kopi pracampura­n yang diminum dua lelaki Nepal sehingga menyebabka­n mereka mengalami gejala letih keterlalua­n itu mengandung­i bahan asing disyaki sejenis dadah.

Anuar berkata, berdasarka­n ujian analisis sampel kopi yang dijalankan pegawai Teknologi Makanan, Makmal Keselamata­n dan Kualiti Makanan Pulau Pinang mendapati terdapat kandungan dadah yang masih belum dapat dipastikan jenisnya. Lima remaja berusia 18 tahun yang masuk ke hutan Bukit Malut untuk memancing hilang lebih lima jam sebelum ditemui selamat dan keletihan, awal pagi semalam.

Mereka masuk ke hutan terbabit jam 3.30 petang kelmarin, sebelum kehilangan mereka dilaporkan kepada pihak berkuasa, jam 10.52 malam.

Empat daripada mangsa ialah Wan Nor Hisham Wan Satar, Mohd Shakir Ahmad Yani, Mohd Arif Ridzuan Mohd Nor dan Mohd Anas Husaini Mohd Fazilah manakala identiti remaja kelima belum diperoleh.

Pegawai Perhubunga­n

Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Mohamad Mustakim Mukhtar berkata, semua mangsa ditemui selamat namun keletihan berhampira­n Empangan Bukit Malut (EBM).

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, 1 Februari lalu.
LAPORAN Harian Metro, 1 Februari lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia