Harian Metro

Dikecam dek watak jahat dalam drama ‘DIA IMAM SOLAT KAMI’

- Hidayatul Akmal Ahmad hidayatula­kmal@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Akibat membawa watak jahat yang memiliki nafsu songsang, pelakon Taufiq Hanafi, 27, teruk dikecam peminat drama bersiri remaja berjudul Gantung The Series di Indonesia.

Taufiq yang dikenali dengan watak Abu dalam filem box office Ola Bola berkata, dia dimaklumka­n mengenai perkara itu oleh rakannya yang mengikuti perkembang­an drama itu di Indonesia.

“Saya dikecam dan dikutuk dalam media sosial disebabkan watak Sofil itu. Saya sendiri turut membaca di Twitter dan baru tahu begitu ramai yang mengecam saya,” katanya.

Taufik berkata, dia terkejut dengan sambutan penonton Indonesia sejak drama adaptasi novel itu mula ditayangka­n di sana awal

Januari lalu.

Katanya, setiap kali ia bersiaran, drama arahan Syamil Othman menggunaka­n tanda pagar #GantungThe­Series dan #Gantung menjadi trending di Twitter.

Disebabkan sambutan hebat peminat di sana, Taufik dan barisan pelakon lain akan ke Jakarta mengadakan roadshow pertengaha­n tahun ini.

“Takut juga mahu ke sana kerana ada peminat agak ekstrim. Mereka mahu memukul saya jika bertemu dengan saya,” katanya.

Drama bersiri 16 episod itu turut dibintangi Hafreez Adam, Ikmal Amry, Randy Pangalila dan Brandon Salim.

Ia hanya boleh ditonton di aplikasi Tribe untuk penonton di Indonesia saja.

“Saya masih rasa dia seperti berada di sisi kerana setiap kali solat dia akan jadi imam.” Itu luahan hati pelakon Norman Hakim berhubung pemergian anak sulungnya, Mohamed Danish Hakim Mohd Nurhakim, 15, ke Turki untuk melanjutka­n pengajian.

Suami kepada pelakon Memey Suhaiza itu berkata, dia menyangka bersedia dari segi fizikal dan mental untuk melepaskan anaknya selepas mengetahui Danish akan ke Isparta, Turki Mei tahun lalu.

“Saya akui terkesan dengan pemergian Danish namun harus merelakan kerana dia pergi untuk tujuan baik. Walaupun baru semalaman tiada di sisi, saya sudah rindukanny­a.

“Setiap kali masuk waktu solat, menitis air mata saya kerana masih terngiang alunan bacaan ayat suci Danish.

“Mungkin inilah perasaan dirasai setiap bapa yang akan berjauhan dengan anaknya. Hubungan saya dengan Danish bukan sekadar anak dan bapa tetapi juga sebagai kawan,” katanya kepada wartawan.

Norman berkata, setiap hari dia pasti membuat panggilan video dengan anak sulungnya bagi menghilang­kan rasa rindu.

“Kami banyak berkongsi cerita termasuk masa depan Danish. Selama ini saya banyak bertanya kepada dirinya mengenai ilmu kerohanian dan boleh dikatakan tiada rahsia antara kami,” katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan Danish antara 10 pelajar terpilih melanjutka­n pengajian di Mekke Kuran Kursu, Isparta bagi menduduki peperiksaa­n akhir hafazan di sana sehingga Aidiladha ini.

Mohamed Danish ialah anak hasil perkongsia­n hidupnya dengan bekas isteri, Abby Abadi.

 Norman sebak, terkesan pemergian anak ke Turki untuk sambung pengajian

 ??  ?? NORMAN sebak sambil menenangka­n Mohamed Danish.
NORMAN sebak sambil menenangka­n Mohamed Danish.
 ??  ?? TAUFIQ
TAUFIQ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia