Harian Metro

Kecewa tiada kuota PTPK

-

Kuala Lumpur: Pengarah dan penerbit filem, Ahmad Idham Nadzri kecewa apabila banyak pusat bertauliah kemahiran termasuk AIFA Skills Academy miliknya mula terkesan dengan ketiadaan kuota 2018 yang sepatutnya dikeluarka­n Perbadanan Tabung Pembanguna­n Kemahiran (PTPK) sebelum ini.

Ahmad Idham, 45, ketika dihubungi berkata, sehingga kini tiada kuota diberikan untuk pelajar 2018.

“Apa sebenarnya berlaku di PTPK? Tujuan kuota itu diwujudkan bagi membantu pelajar daripada keluarga berpendapa­tan rendah menyambung pengajian di pusat bertauliah kemahiran, tetapi dengan berlakunya perkara ini, bagaimana dengan nasib mereka?

“Niat saya membantu pelajar mengikuti pengajian di sini tertangguh kerana perkara ini,” katanya.

Katanya, syarat diletakkan PTPK iaitu prestasi pusat latihan diukur berdasarka­n peratusan pelajar membayar balik hutang pinjaman tidak berasas.

Menurutnya, lesen diberi kepada akademi untuk tujuan pembelajar­an, bukan sebagai pemungut hutang daripada pelajar.

Ahmad Idham turut mempersoal­kan adakah situasi itu berlaku berikutan kesan skandal RM40 juta dilaporkan berlaku dalam PTPK.

Terdahulu, Kementeria­n Sumber Manusia menyerahka­n sepenuhnya kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalanka­n siasatan berhubung penyelewen­gan dana kerajaan berjumlah RM40 juta di agensinya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia