Harian Metro

GANGGU PESAKIT

- Junita Mat Rasid junita@bh.com.my

Sultan Johor murka tindakan mat rempit

berlumba di hadapan hospital

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar murka dengan tindakan kumpulan mat rempit yang terus menjadikan Jalan Pantai Lido di hadapan Hospital Sultanah Aminah (HSA), dekat sini, sebagai medan lumba haram.

Sultan Ibrahim bertitah baginda menerima banyak aduan khususnya daripada pesakit HSA yang tidak dapat tidur berikutan bunyi bising enjin motosikal berpunca daripada tindakan mat rempit berlumba pada lewat malam.

Sehubungan itu, baginda mahu polis mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terbabit dalam aktiviti tidak sihat itu.

“Berhenti daripada terbabit dalam aktiviti tidak berfaedah ini. Fikirkan mengenai ketenteram­an awam dan pesakit di hospital yang memerlukan rehat secukupnya,” titah baginda yang dimuat naik dalam (FB) rasmi Sultan Ibrahim di sini, semalam.

Baginda bertitah, Almarhum anakandany­a, Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil pernah menyebut sukar beradu pada waktu malam ketika menerima rawatan di Wad Diraja HSA disebabkan bunyi bising motosikal.

Sultan Johor menegaskan, keadaan sama dialami menantu baginda, Che’ Puan Khaleeda Bustamam ketika melahirkan kedua-dua anakandany­a.

“Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail dan isteri tidak dapat beradu pada waktu malam disebabkan gangguan bunyi motosikal yang berlumba dari jam 12 tengah malam hingga 3 pagi.

“Saya juga mengalami pengalaman sama ketika menerima rawatan di Wad Diraja HSA,” titah baginda.

 ??  ?? SULTAN Ibrahim
SULTAN Ibrahim

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia