Harian Metro

Kuat kuasa akta cegah lumba haram

-

Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) melihat keperluan cadangan menguatkua­sa Akta Perlakuan Anti Sosial sebagai usaha pencegahan aktiviti lumba haram.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, polis mengambil pelbagai tindakan penguatkua­saan namun gejala itu masih sukar dibendung.

Katanya, penguatkua­saan Akta Perlakuan Anti Sosial di kawasan tumpuan atau lokasi strategik membantu mencegah aktiviti itu dan kemalangan.

“Polis sentiasa ambil tindakan pemantauan dan menyekat aktiviti ini, tetapi mereka tak boleh berada di situ 24 jam. Sebab itu perlu ada undang-undang lebih keras seperti Akta Perlakuan Anti Sosial yang pernah saya suarakan sebelum ini.

“Jadi polis boleh menyuraika­n mereka yang berada di tempat tertentu pada lewat malam, kalau tak ikut cakap boleh dibawa ke lokap,” katanya selepas Majlis

Penyampaia­n Watikah Kepimpinan Parlimen

Pulai di sini, semalam.

Beliau mengulas titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar yang murka dengan tindakan kumpulan mat rempit yang menjadikan Jalan Pantai Lido di hadapan Hospital Sultanah Aminah (HSA), dekat sini, sebagai medan lumba haram.

Sultan Ibrahim bertitah baginda menerima banyak aduan daripada pesakit HSA yang tidak dapat tidur disebabkan bunyi bising akibat perlumbaan haram pada lewat malam.

Katanya, penguatkua­saan itu bukan bertujuan sebagai perintah berkurung, sebaliknya memberi kuasa kepada polis menghalau secara perundanga­n bagi mencegah kegiatan haram.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia