Harian Metro

LEBIH MASA UNTUK KELUARGA

-

Pelbagai acara boleh dijalankan pada hujung minggu atau pada musim cuti dengan orang yang tersayang. Dalam keadaan ekonomi yang kurang memberangs­angkan aktiviti keluarga tidak perlu mengeluark­an modal besar seperti bercuti ke luar negara.

Antara tip aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama adalah:

Berkelah di taman atau kawasan dengan pemandanga­n menarik

Bungkuskan makanan dari rumah, bawa bersama tikar dan cari kawasan dengan pemandanga­n indah atau di mana kanak-kanak boleh bermain. Di samping menikmati pemandanga­n indah contohnya tasik atau pantai, anak-anak boleh bermain sepuasnya sambil ibu bapa bersantai.

Wow! Haiwan!

Bawa keluarga atau teman kekasih ke zoo, akuarium atau taman rama-rama. Sesiapa pun tidak kira umur atau jantina pasti akan seronok melihat haiwan yang menarik.

Beriadah sambal menimba ilmu

Mr Muscle® jadikan tugas bersih

rumah mudah dan ringan

Inilah masanya untuk belajar sesuatu yang baru bersama tersayang. Planetariu­m, Pusat Sains dan Muzium Negara adalah antara tempat yang bukan sahaja boleh menimbulka­n perasaan ingin tahu dan mendapat ilmu, ia juga adalah pengalaman yang menyeronok­kan.

Berseronok di rumah bersama keluarga

Duduk di rumah tidak perlu menjadi sesuatu yang bosan. Ia boleh jadi aktiviti yang menyeronok­kan. Musim cuti adalah masa yang sesuai menjemput keluarga dan kawan-kawan ke rumah. Boleh bermain papan permainan atau menonton filem bersama untuk meriangkan lagi masa bersama.

Walaupun sibuk dengan aktiviti bersama tersayang di musim cuti, sifat semula jadi wanita tentunya inginkan rumah dalam keadaan bersih dan segar. Tidak tahan ruang tamu masih berhabuk, kabinet tidak dicuci, sinki pula kotor, lebih teruk bilik air ‘suram’ dan berbau hapak. Kerja mengemas dan membersih masih perlu di lakukan setiap hari.

Tip untuk jimat masa membersih? Cubalah produk Mr Muscle®. Kini dengan Mr Muscle®, tugas di rumah menjadi lebih mudah dan ringan. Manfaatkan kemudahan ini untuk meluangkan masa dan menikmati kehidupan yang lebih bermakna bersama keluarga.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia