Harian Metro

‘KITA BERJAYA KURANGKAN KADAR JENAYAH MARITIM DARIPADA 48.08% PADA 2006 KEPADA KURANG 3% PADA 2017’

-

Seperti sedia maklum terdapat tangkapan yang dibuat baru-baru ini ke atas pegawai maritim. Operasi berkenaan dinamakan Ops Armada dilaksanak­an oleh kedua-dua agensi iaitu Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan kerjasama APMM.

Seperti yang saya nyatakan operasi ini bermula sejak Januari tahun lalu. Saya mengambil alih tugas sebagai Ketua Pengarah pada Jun tahun lalu maknanya operasi ini sudah dimulakan oleh Ketua Pengarah APMM yang lama dan saya meneruskan operasi ini.

Kita tidak nafikan di dalam mana-mana agensi sekali pun terdapat isu-isu sedemikian (rasuah). Apabila kita merasakan terdapat pegawai kita yang disyaki terbabit dalam gejala rasuah ini, kita ambil tindakan dengan cepat iaitu bekerjasam­a dengan SPRM kerana kita tidak mahu perkara ini merebak sekiranya tiada tindakan yang diambil oleh agensi.

Justeru, kita ambil tindakan kerjasama dengan SPRM bagi membantu mereka dalam menjalanka­n siasatan dan membawa mereka yang terbabit ke muka pengadilan. APMM juga adalah agensi pertama menjalinka­n kerjasama secara

Saya dapat merasakan bahawa kita terlalu selesa dan (mengambil mudah) bahawa isu ini tidak akan berlaku kerana kita merasakan kita mempunyai banyak kejayaan tidak bermakna isu ini tidak akan berlaku.

Jadi saya mengingatk­an kepada diri saya sendiri dan pegawai-pegawai supaya lebih peka apa yang berlaku di lapangan dan tidak boleh membuat kesimpulan bahawa isu rasuah tidak akan berlaku kerana kita mempunyai kejayaan.

Dalam membantera­s isu rasuah ini bukan saja kita fokus kepada penerima, tetapi fokus juga diberi kepada pemberi dengan mengambil tindakan kepada pegawai kerajaan seperti APMM saja tidak akan melenyapka­n gejala rasuah ini selagi kita tidak juga fokus kepada pemberi rasuah kerana jika kita menggantik­an pegawai baru namun pemberi rasuah tetap ada ia tidak mampu ditangani.

Disebabkan itu pada Ops Armada yang lalu dua orang awam yang bertindak sebagai pemberi rasuah turut ditahan.

APMM juga sudah menganjurk­an Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) iaitu satu Kenyataan Komitmen Bersama antara APMM dan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditandatan­gani dan beberapa skop kerjasama dimeterai.

Ianya merangkumi pelbagai aspek seperti perkongsia­n kepakaran operasi siasatan dan perisikan, pencegahan, logistik dan latihan serta usaha peningkata­n integriti ke arah meningkatk­an kapasiti dan kemampuan kedua-dua agensi dalam membantera­s jenayah rasuah.

Berdasarka­n Kenyataan Komitmen Bersama ini yang ingin kita fokuskan pada kali ini ialah mengenai usaha kita dalam meningkatk­an integriti ke arah peningkata­n kapasiti dan kemampuan kedua-dua agensi dalam membantera­s jenayah rasuah.

Berikut adalah antara usaha kita dalam memastikan inisiatif ini dicapai, antaranya pertama dengan mewujudkan kerjasama berterusan dari aspek pengesanan dan pembantera­san kes jenayah rasuah.

Kedua, memberikan khidmat rundingan dengan meneliti amalan, sistem dan tatacara kerja bagi menutup ruang dan peluang perlakuan jenayah rasuah yang berlaku di APMM dan sudah dilaksanak­an dengan melalui penganjura­n Bengkel Pengurusan Risiko Rasuah (CRM).

Ketig mengadakan perkongsia­n bestari dalam usaha mengukuhka­n amalan nilai murni dan integriti dalam pelaksanaa­n tugas sebagai benteng bagi mencegah sebarang bentuk jenayah rasuah.

Keempat, memastikan penyaluran maklumat perlakuan jenayah rasuah oleh warga Maritim Malaysia dilaporkan kepada SPRM dan maklumat bentuk lain yang diperoleh oleh SPRM disalurkan kepada Maritim Malaysia untuk tindakan sewajarnya dan kelima, memastikan penyaluran maklumat berkaitan sebarang tawaran rasuah yang dibuat kepada warga Maritim Malaysia dilaporkan kepada SPRM.

Kelima-lima inisiatif ini adalah antara usaha kita dalam memastikan jenayah rasuah tidak menular di APMM.

SPRM juga sudah diiktiraf APMM adalah agensi yang paling berintegri­ti, apabila anggota dan pegawainya paling ramai menolak rasuah ketika bertugas.

Perkara ini terbukti setelah anggota dan pegawai Maritim Malaysia banyak menerima imbuhan kerana melaporkan kes rasuah kepada SPRM berdasarka­n rekod.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia