Harian Metro

KISAH TRAGIK TIADA KESAN

- Saadiah Ismail news@nstp.com.my

Pemasangan jaring keselamata­n di blok perumahan rakyat (PPR) akan dilakukan secara berperingk­at terutama di bahagian yang berbahaya bagi mengelak kejadian tidak diingini berulang.

Pengarah Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembanguna­n Komuniti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Wan Ghazali Nor berkata, buat masa ini, DBKL akan meneliti kawasan mengikut kesesuaian dan keperluan.

Katanya, selain itu, DBKL juga akan melaksanak­an program kesedaran, pemasangan litar kamera tertutup (CCTV) dan gotong-royong supaya penduduk di PPR lebih sensitif serta bertanggun­gjawab.

“Kami juga mengadakan program Terbabit, Mendidik dan Kuatkuasa (3E) dengan melantik ketua blok untuk pastikan setiap koridor selamat dan jika tidak, DBKL akan ambil tindakan.

“Penyewa PPR juga perlu patuh dengan peraturan dan jika terbukti mereka bersalah, serta merta boleh terbatal perjanjian untuk menduduki rumah PPR itu.

“Justeru, kami berusaha untuk memastikan penduduk di PPR berdisipli­n selari dengan peningkata­n kemudahan disediakan kepada mereka,” katanya.

Tinjauan NSTP di Blok 102, PPR Sri Pantai, Pantai Dalam menunjukka­n kontraktor menyiapkan pemasangan jaring berkenaan di kawasan kejadian.

Namun setakat ini, hanya satu tempat dipasang. Walaupun pemasangan sedang dilakukan, tinjauan turut mendapati terdapat sampah dibuang dari flat berkenaan yang secara tidak langsung menunjukka­n mentaliti penduduk belum berubah. Pengawal keselamata­n, Abu Kassim Matjan 53, berkata, walaupun pihak berkuasa sudah memasang jaring untuk menghalang sebarang objek jatuh daripada tingkat atas, namun ia masih lagi tidak dihiraukan segelintir penghuni.

Katanya, kejadian tragik yang berlaku kepada penghuni seolah tidak meninggalk­an kesan dan ia boleh dilihat dengan sikap penghuni yang masih melontarka­n sampah daripada tingkat atas.

“Mentaliti penduduk di sini masih kelas ketiga biarpun kemudahan kelas pertama dan jika kami menegur, ia disalah anggap hingga membawa kepada pergaduhan. Selagi belum kena pada keluarga sendiri, selagi itu tiada kesedaran.

“Saya harap selepas ini lebih banyak pemasangan jaring dilakukan di semua tempat yang berpotensi berlaku kejadian seperti itu lagi. Ini kerana tidak semua orang dapat berwaspada sentiasa dan moga tiada lagi nyawa yang melayang,” katanya.

Sementara itu, pengasuh, Zaleha Bujang, 50, berkata, pemasangan jaring ini amat bertepatan dengan situasi yang berlaku sebelum ini.

“Jika ada objek yang dibaling dari atas, sekurang-kurangnya ia tidak akan membahayak­an penduduk di sini. Lebih-lebih lagi kanak-kanak yang berulang-alik dari rumah ke sekolah, kedai dan sebagainya.

“Objek ini dibaling tidak kira masa. Jadi memang tepat apa yang dilakukan pihak berkuasa dan berharap penduduk di sini sama-sama menghargai apa yang disediakan kerajaan,” katanya.

Mentaliti penghuni flat masih buang sampah

dari atas walaupun dipasang jaring

Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) Pahang bersedia memelihara dan membangunk­an Pantai Batu Hitam secara besar-besaran sebagai destinasi pelanconga­n terkemuka di negeri ini.

Pengarahny­a Datuk Idros Yahya berkata, beberapa langkah sudah dilakukan dan dikenal pasti dilakukan di kawasan pantai itu untuk menjadikan­nya sebagai alternatif selain Pantai Teluk Chempedak dan Cherating di bandar ini.

“Kami sudah memperbesa­rkan kawasan parkir, menaik taraf tandas dan gerai makan untuk memberikan keselesaan kepada pengunjung.

“Selain itu, beberapa kemudahan lain seperti pusat rekreasi sedang dirancang untuk diwujudkan,” katanya.

 ??  ?? KERJA pemasangan jaring giat diteruskan.
KERJA pemasangan jaring giat diteruskan.
 ??  ?? PEMASANGAN jaring keselamata­n di PPR Sri Pantai oleh DBKL.
PEMASANGAN jaring keselamata­n di PPR Sri Pantai oleh DBKL.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia