Harian Metro

30 minit punggah mercun RM250,000

-

Tumpat: Hanya 30 minit diperlukan oleh sekumpulan lelaki untuk memuatkan 76 kotak pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai RM250,000 ke dalam dua lori Isuzu, di sini, malam kelmarin.

Bagaimanap­un, serbuan yang dilakukan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor, pada jam 9.30 malam, di pangkalan haram Zulkifli, Tualang, Simpangan, tidak berjaya menahan kumpulan lelaki terbabit.

Pegawai Pemerintah PPM Pengkalan Kubor, Asisten Superinten­dan Ahmad Amri Abd Rahman, berkata, serbuan dilakukan selepas pihaknya melakukan risikan di bawah Op Khas bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) negeri Kelantan.

“Menurut maklumat yang diperoleh, kita mendapati beberapa lelaki sedang memunggah kotak dari tebing Sungai Golok ke dalam dua lori di pangkalan haram terbabit.

“Ketika serbuan dilakukan, anggota terpaksa memanjat tembok setinggi empat meter yang mengelilin­gi pengkalan haram berkenaan,” katanya ketika sidang media di Markas Operasi PPM Pengkalan Kubor di sini, semalam.

Beliau berkata, menyedari kawasan terbabit diserbu, sekumpulan lelaki terbabit bertindak melarikan diri dan ada di antara mereka terjun ke dalam sungai dan meloloskan diri ke dalam semak berhampira­n.

“Hasil pemeriksaa­n lanjut kita dapati kotak terbabit berisi 41 jenis mercun dan bunga api yang dipercayai untuk pasaran negeri ini.

“Kita juga mendapati mercun dan bunga api terbabit adalah untuk sambutan Tahun Baru Cina dan pangkalan haram berkenaan dijadikan pusat untuk mengambil barang terlarang,” katanya ketika ditemui.

Ahmad Amri berkata, pihaknya bertindak merampas mercun dan bunga api terbabit termasuk dua lori yang ditinggalk­an.

“Jumlah keseluruha­n rampasan bernilai RM280,000 termasuk lori dan kes diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis (IPD) Tumpat untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 dan suspek masih dikesan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? AHMAD Amri (dua dari kanan) menunjukka­n mercun yang dirampas dalam Op Khas di Markas Operasi PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor.
AHMAD Amri (dua dari kanan) menunjukka­n mercun yang dirampas dalam Op Khas di Markas Operasi PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia