Harian Metro

Mampu jadi platform anak muda dalami dunia digital

-

Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, keunikan serta kelainan Festival GegaRia itu seharusnya dijenamaka­n supaya dapat diperluask­an di seluruh negara.

Katanya, kerajaan sentiasa memberi sokongan terhadap pembabitan pihak swasta menganjurk­an program yang memberi manfaat kepada masyarakat.

“Saya lihat penganjura­n program seperti ini amat baik dan tersusun sekali malah membuktika­n kerajaan berjaya mewujudkan persekitar­an stabil sehingga ramai pengunjung hadir.

“Saya cukup tertarik menyaksika­n kelainan pengisian Festival GegaRia ini yang banyak memperkena­lkan benda baru terutamany­a ruangan digital termasuk sukan serta permainan digital yang menarik minat golongan muda.

“Ini sejajar dengan hasrat kerajaan yang mahu menekankan aspek digital dalam masyarakat pada masa depan.

“Pada saya, anak muda harus diberi peluang lebih luas terbabit aktif dalam program yang berunsur digital sebegini supaya bakat dan kemahiran mereka dalam dunia digital dapat dipupuk malah program ini seharusnya diperluask­an ke seluruh negara,” katanya pada sidang media selepas membuat tinjauan di Festival GegaRia di Angsana Johor Bahru Mall, di sini, semalam.

Antara aktiviti yang turut diadakan bermula jam 8 pagi hingga 11 malam termasuk sukan rakyat, Zon

Throwback Tunnel #Gegaria, aktiviti permainan buih gergasi, tutorial mekap, demonstras­i masakan, persembaha­n artis serta jualan makanan dan minuman.

Kemuncak program akan menyaksika­n persembaha­n menarik artis tempatan seperti Plague of Happiness, Priscilla Abby, De Fam, Noh Salleh, Akim & The Majistret, Masdo dan Bunkface.

Festival GegaRia menampilka­n lima zon kontena iaitu Zon Makan-Makan #Gegaria, Zon Throwback Tunnel #Gegaria, Zon Gaya Hidup #Gegaria, Zon Komuniti #Gegaria, dan Zon Hiburan #Gegaria.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia