Harian Metro

Masalah kulit semakin teruk

-

tidak mahu meneruskan rawatan di pusat kecantikan XXX. Saya hanya mahu mencuba pakej percubaan tetapi dipaksa untuk mengambil pakej rawatan. Mereka memaksa saya untuk menggunaka­n kad kredit walaupun sudah memberitah­u yang saya tidak mempunyai wang untuk membayar kos rawatan muka itu. Selepas mencuba rawatan, masalah kulit saya semakin teruk. Ubat digunakan untuk merawat muka saya kononnya diimport dari luar negara, tetapi tiada sebarang maklumat mengenai ubat itu serta tiada jenama.

Vitamin C yang

ANDA TANYA

disuntik juga tidak berkesan. Saya menyesal dan sekarang saya ingin menarik diri dan mendapatka­n balik wang yang dibayar untuk rawatan yang belum habis.

Lili Seremban, Negeri Sembilan

memaksa pelanggan mengambil pakej adalah salah di sisi undang-undang. Yang kedua, suntikan vitamin C tidak disyorkan digunakan untuk tujuan kosmetik seperti antipenuaa­n, antikedut dan ejen pemutihan kerana kekurangan bukti klinikal dan data keselamata­n.

Ini seperti mana yang dilarang

Biro Pengawalan Farmaseuti­kal Kebangsaan Malaysia (BPFK) tentang larangan sebarang jenis vitamin C suntikan yang digunakan sebagai antipenuaa­n, antikedut dan agen pemutihan di Malaysia.

Untuk pengetahua­n puan, Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) tidak pernah meluluskan produk kecantikan suntikan. Jika puan tidak puas hati dan bimbang akan keselamata­n produk itu, sila buat laporan kepada NCCC atau melaporkan terus kepada BPFK jika terdapat kesan sampingan yang berpunca daripada ubat suntikan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia