Harian Metro

Dua kali servis masih bergegar

-

baru saya mempunyai masalah. Apabila saya memandu perlahan, kereta saya akan bergegar semasa pertukaran gear. Pernah saya hampir terlanggar kereta di hadapan ketika lalu lintas sesak. Saya sudah membuat aduan kepada syarikat kereta itu dan mereka menawarkan pembaikan dengan menukar klac kereta saya.

Selepas sebulan, masalah itu kembali. Sekali lagi saya ditawarkan untuk membaiki masalah itu. Saya rasa tertipu dengan syarikat berkenaan kerana sudah dua kali saya menghantar kereta untuk dibaiki dan masalah sama masih berulang.

Hairul Petaling Jaya, Selangor

mempunyai hak untuk membeli kenderaan yang selamat, bebas daripada sebarang kecacatan atau rosak.

Ini adalah satu jaminan tersirat (implied guarantee) dinyatakan dalam Akta Perlindung­an Pengguna 1999 iaitu jika berlaku masalah pada kenderaan, pengguna haruslah menghantar kenderaan itu kepada pusat perkhidmat­an kenderaan berkenaan kerana kereta baru yang dibeli masih dalam jaminan.

Pengguna yang tidak berpuas hati dengan perkhidmat­an yang diberikan, boleh membuat pemeriksaa­n kenderaan di PUSPAKOM dan pastikan semua resit disimpan sebagai bukti.

Pastikan kenderaan diservis di pusat perkhidmat­an kenderaan itu untuk mengelakka­n pelanggara­n jaminan kenderaan.

Selain itu, pengguna juga boleh membuat aduan kepada kami di NCCC, Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) atau

Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia jika menghadapi masalah seperti wang pendahulua­n tidak dipulangka­n, ragu tentang alat digunakan adalah palsu, mengambil masa yang terlalu lama untuk membaiki kenderaan atau produk berkualiti rendah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia