Harian Metro

Rasa tertipu pindah milik tanah

-

Kuala Lumpur: Mazni sekeluarga hidup tertekan apabila tanaman diusahakan dimusnahka­n pembeli baru yang mengambil kesempatan di atas kecuaian pihak pendaftara­n pejabat tanah di sebuah daerah.

Menurut Mazni, 38, mereka sekeluarga menanggung kerugian wang ringgit, masa dan tenaga kerana kecuaian dalam proses memindah milik tanah yang dilakukan pihak berkaitan.

“Kami membuat pindah milik tanah dalam borang mengikut perundanga­n yang sah. Pemindahan ini atas nama ibu saya kepada seorang lelaki. Sebagai balasannya, lelaki dikenali sebagai Salim itu haruslah memindahka­n 1/5 milik bahagian yang tidak dipecahkan dalam hak milik di sebuah mukim kepada ibu saya.

“Borang pindah milik sah didaftarka­n, tetapi borang pindah milik Salim kepada ibu saya tidak didaftarka­n walaupun tercatat perjanjian bahawa ia sebagai balasan kepada pindah milik antara ibu dan lelaki itu,” katanya.

Katanya, mereka sekeluarga tertekan kerana kebun milik ibunya diceroboh pembeli baru yang mengambil kesempatan di atas kecuaian pihak pendaftara­n pejabat tanah berkenaan.

“Habis semua tanaman kami dimusnahka­n.

Saya pernah merujuk perkara ini kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia

(SPRM) serta Polis Di

Raja Malaysia (PDRM), bagaimanap­un saya dimaklumka­n mereka tidak boleh mengambil kes itu kerana saksi serta pelaku sudah meninggal dunia serta tiada bukti penyelewen­gan berlaku.

“Kecewa dengan perkara ini, kami merujuk kepada

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) untuk mendapatka­n keadilan dan bantuan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia