Harian Metro

SELIDIK DULU LATAR PEMAJU

- Siti Fatimah Nasir am@hmetro.com.my

Orang ramai perlu tahu hak sebagai pembeli

sebelum buat transaksi beli hartanah

Kes penipuan membabitka­n ejen hartanah bukan satu isu baru dan penipuan berlaku secara berleluasa dengan pelbagai taktik.

Ada juga kes penipuan membabitka­n penipu hartanah melalui pelbagai jenis medium dalam talian yang mengaut keuntungan atas angin.

Bukan itu saja, kes penipuan seperti ini bukan saja berlaku dalam urusan jual beli kediaman, malah dalam transaksi penyewaan membabitka­n mangsa kerugian hingga mencecah ratusan ribu ringgit.

Bagi mengelak ditipu, orang ramai perlu mempunyai asas pengetahua­n pemilikan rumah dan hak sebagai pembeli hartanah dan kediaman sebelum membuat transaksi serta pembelian.

Orang ramai juga boleh berurusan dengan perunding hartanah yang sah di sisi undangunda­ng dan syarikat yang bernaung di bawah Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah Malaysia (LPPH) bagi memastikan status kewujudan syarikat yang dilantik, sekali gus mengelak diri daripada ditipu.

Banyak platfrom terkini memudahkan orang ramai membuat semakan hartanah antaranya laman sesawang rasmi LPPH untuk mengenal pasti ejen bertauliah atau lesen syarikat perundinga­n hartanah di Malaysia.

Menerusi tinjauan Suara

Maya dalam web myMetro membabitka­n kes penipuan ejen hartanah bertajuk #Apakah cara terbaik bagi mengelak ditipu ejen hartanah?

Sebanyak 46 peratus responden bersetuju untuk mengkaji latar belakang pemaju hartanah terlebih dulu sama ada mendapat kelulusan Lesen Pemaju Perumahan dan Permit Iklan dan Jualan Baru daripada Bahagian Pelesenan Pemajuan Perumahan, Kementeria­n Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sebelum membuat apa-apa keputusan pembelian.

Sebanyak 26 peratus responden mahukan orang ramai jangan mudah terpedaya dengan syarikat menawarkan harga rendah daripada pasaran dengan membuat pembayaran deposit tanpa berfikir risiko yang terpaksa ditanggung kelak.

Manakala, 22 peratus responden pula mahu orang ramai memahami kandungan perjanjian hartanah sebelum menandatan­ganinya bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.

Selain itu, enam peratus responden memilih supaya orang ramai meneliti risalah jualan mahupun iklan tersebar di medium sosial sebelum membuat transaksi kepada ejen hartanah berkenaan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia