Harian Metro

‘MINAH KILANG’ AHLI KIMIA

- Nurul Husna Mahmud nurul_husna@hmetro.com.my

Ketika berkhidmat dengan industri pada awal tahun 1990-an, Pengarah Institut Kajian dan Pengurusan Halal (IHRAM), Prof Madya Dr Che Wan Zanariah Che Wan Ngah berkata, dia lebih dikenali sebagai pekerja kilang berbanding kerjaya sebenar iaitu ahli kimia.

Mana tidaknya sifat cermat menjadi amalan anak jati Kampung Seberang Takir, Kuala Terengganu membuatkan dia lebih suka memilih menumpang bas kilang berbanding menanggung hutang untuk memiliki kenderaan sendiri membuat ada yang memanggiln­ya ‘Minah Kilang’.

Tidak berasa malu dengan gelaran itu, Dr Zanariah mengambil pendekatan berlapang dada selain percaya melalui cara itu dia dapat menyimpan wang gaji untuk pelaburan masa depan.

Amalan menggunaka­n kemudahan awam dan berkongsi kereta dengan teman sekerja terus menjadi amalan Pensyarah Kimia Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) itu ke tahun berikutnya sehingga memiliki kereta sendiri ketika usianya menginjak angka 40.

Katanya, dia lebih percaya dengan prinsip ‘sediakan payung sebelum hujan’ menerusi

amalan menabung dan tabiat itu menjadi ingatan meskipun sudah menikmati hidup selesa.

“Saya mempunyai buah fikiran berbeza mungkin didorong kesusahan orang tua membesarka­n kami 11 beradik dan betapa besarnya nilai duit. Bapa saya hanya tekong bot nelayan yang setiap hari perlu menyabung nyawa untuk menyara dan menyekolah­kan kami adikberadi­k.

“Meskipun orang tua saya tidak pernah bersekolah, namun bapa, Che Wan Ngah Tuan Chik sentiasa menjadi contoh dan idola disebabkan kredibilit­i dimiliki bapa selaku tekong selalu memastikan keselamata­n anak buahnya sehingga ke jeti.

“Pendek kata kami membesar dengan laut yang menjadi taman permainan kami apabila rumah didiami keluarga ketika itu betulbetul di depan pantai. Namun tidak pula kami berdepan dengan lemas kerana orang tua banyak mengajar petua mengenai kelangsung­an hidup. Malah tiada kurangnya kasih sayang dan didikan orang tua yang banyak membentuk kami dalam sahsiah dan agama,” katanya.

Tambahnya, meskipun usia sudah meniti separa abad, Dr Zanariah masih ingat pesanan arwah orang tuanya yang mahukan dia menjaga amal ibadat dan pemakanan.

“Orang tua saya seperti ibu bapa lain penuh dengan hemat. Bayangkan setiap kali kami keluar, pesanan mereka sentiasa sama iaitu

 ??  ?? PROFIL
NAMA: Prof Madya Dr Che Wan Zanariah Che Wan Ngah
UMUR: 50 tahun
ASAL: Kampung Seberang Takir Kuala Terengganu JAWATAN: Pengarah Institut Kajian dan Pengurusan Halal (IHRAM) STATUS: Berkahwin dengan Hasim Omar, 50, dan mempunyai tiga anak DR...
PROFIL NAMA: Prof Madya Dr Che Wan Zanariah Che Wan Ngah UMUR: 50 tahun ASAL: Kampung Seberang Takir Kuala Terengganu JAWATAN: Pengarah Institut Kajian dan Pengurusan Halal (IHRAM) STATUS: Berkahwin dengan Hasim Omar, 50, dan mempunyai tiga anak DR...
 ??  ?? DR ZANARIAH gembira usaha institusi dalam menekankan pentingnya konsep patuh halal toyyiban pada produk pengguna.
DR ZANARIAH gembira usaha institusi dalam menekankan pentingnya konsep patuh halal toyyiban pada produk pengguna.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia