Harian Metro

TAK BATAL WUDUK SALAM MENTUA

-

hukumnya menantu lelaki bersalaman dengan ibu mentua? Adakah ia membatalka­n wuduk? Saya pernah mendengar pendapat ia membatalka­n dan juga tidak membatalka­n.

Fairus Sentul

mentua adalah mahram muabbad (selamanya) bagi menantunya, iaitu haram dinikahi selamanya meskipun isteri (anak daripada mentua) sudah cerai atau meninggal dunia.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuanp­erempuan yang berikut) ibu-ibu kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan saudara-saudara bapa kamu, dan saudarasau­dara ibu kamu dan anak-anak saudara kamu yang lelaki, dan anakanak saudara kamu yang perempuan, dan ibu-ibu kamu yang menyusukan kamu, dan saudarasau­dara susuan kamu, dan ibu-ibu isteri kamu, dan anak-anak tiri yang dalam pemulihara­an kamu dari isteri-isteri yang kamu telah campuri; tetapi kalau kamu belum mencampuri mereka (isteri kamu) itu (dan kamu sudah menceraika­n mereka), maka tiadalah salah kamu (berkahwin dengannya). Dan (haram juga kamu berkahwin dengan) bekas isteri anak-anak kamu sendiri yang berasal dari benih kamu. Dan diharamkan kamu menghimpun­kan dua beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), kecuali yang berlaku pada masa yang lalu. Sesungguhn­ya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihan­i. (Surah An-Nisa: 23)

Bagi Mazhab Syafie, sentuhan dengan ibu mentua tidak membatalka­n wuduk. Ia sama seperti menyentuh ibu kandung.

Menurut pandangan mazhab lain, sentuhan yang membatalka­n wuduk ialah apabila bersentuha­n dengan jantina berlainan disebabkan syahwat. Wallahuakl­am.

satu pandangan ulama menyatakan qunut adalah sesuatu yang wajib. Bagi Mazhab Syafie, ia sunat ab’adh yang sangat dituntut.

Bagi yang meninggalk­annya perlu melakukan sujud sahwi. Bagaimanap­un, wujud perselisih­an panjang mengenai qunut.

Masing-masing mempunyai dalil dan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia