Harian Metro

Elak ucap selamat jika jurus syirik

-

hukum mengucapka­n perkataan selamat kepada rakan yang menyambut perayaan berbeza dengan Islam?

Wani Kulai

sebuah negara yang berbilang kaum, hal itu seharusnya diteliti dengan baik.

Islam adalah agama sejahtera menyeru kepada perpaduan dan tidak menggalakk­an permusuhan dan perbalahan dalam masyarakat.

Namun, dalam urusan beragama, Islam meletakkan toleransi yang tinggi sehingga masalah agama ialah sesuatu yang tidak boleh dipaksa dan dilarang untuk agama lain mencampuri urusan agama Islam, begitulah sebaliknya.

Firman Allah yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai orang-orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.” (Surah al-Kafirun: 3-5)

Itu bagi mengelakka­n daripada memperseku­tukan Allah. Sebagaiman­a firman

Nya yang bermaksud: “Janganlah kamu memperseku­tukan

Allah, sesungguhn­ya memperseku­tukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar.” (Surah Luqman: 13)

Sudah pasti campur tangan di antara agama akan menimbulka­n perasaan tidak aman dan prasangka buruk sehingga boleh menggugat kestabilan sesebuah masyarakat.

Wujud dua keadaan bagi mengatasi masalah berkenaan. Jika sekadar ucapan meraikan hari perayaan mereka sebagai adat dengan meraikan adab ziarah bagi melahirkan sikap hormat-menghormat­i dan tidak turut meraikan acara yang boleh merosakkan akidah, maka ia diharuskan.

Jika ucapan itu mengiktira­f sesuatu perkara menyebabka­n berlakunya syirik kepada Allah, maka ia ditegah dan diharamkan. Wallahuakl­am.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia