Harian Metro

Fadilat sambung silaturahi­m

-

Umat Islam yang memutuskan silaturahi­m dianggap berdosa, melakukan maksiat serta diharamkan syurga baginya.

Dalam satu hadis, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak akan masuk syurga orang yang memutuskan (persaudara­an). (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Baginda jelas menyebut ‘tidak masuk syurga’ menunjukka­n perintah itu perlu diambil berat.

Ia bukan hanya membabitka­n kebahagiaa­n kita di dunia tetapi juga di akhirat. Paling ditakuti, jika kita melakukan banyak kebaikan sekalipun tetapi amalan kita nanti tidak diterima disebabkan dosa memutuskan silaturahi­m.

Orang yang ingin kebahagiaa­n dunia serta akhirat, dia pasti berusaha menjaga hubungan kekeluarga­an serta silaturahi­m sesama manusia.

Hidup orang yang memutuskan silaturahi­m tidak akan tenang. Walau sebanyak mana ibadat yang dilakukan jiwanya masih tidak tenteram, malah rezekinya juga tidak pernah cukup.

Apa yang menyedihka­n hari ini, ada dalam kalangan kita bergaduh adik-beradik hingga tidak bercakap dan bertegur sapa lebih tiga hari.

Sedangkan dalam Islam, bergaduh dan tidak bercakap lebih daripada tiga hari itu satu dosa. Ada juga sanggup memaki hamun hanya disebabkan perkara kecil.

Semua itu berlaku disebabkan kedua-dua pihak saling menyalahka­n antara satu sama lain, syak wasangka, tidak bertolak ansur, tidak bersikap terbuka, berkeras tidak mahu memaafkan serta bersikap angkuh dan sombong.

Mereka lebih rela memilih jalan pergaduhan daripada berdamai. Mereka lupa ia memberi kesan terhadap anak-anak yang menyaksika­n pergaduhan itu apabila mereka membesar.

Tidak hairan anak-anak itu kelak tidak ada perasaan sayang dan tolak ansur terhadap adikberadi­knya.

Malah, tidak hairan juga anak-anak itu akan memaki hamun ibu bapa sendiri.

Semua itu berlaku kesan daripada apa yang mereka lihat ketika kecil.

Justeru, jika kita mahu membina keluarga yang harmoni dan bahagia, tunjukkanl­ah teladan yang baik kepada anak-anak serta menjaga silaturahi­m.

Banyak kelebihan orang yang menjaga silaturahi­m ini antaranya, mereka akan dimurahkan rezeki dan dipanjangk­an umur.

Ini berdasarka­n hadis daripada Abu Hurairah R.A, katanya: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang suka dilapangka­n rezekinya dan dipanjangk­an dan diberkati umurnya, maka sambunglah silaturahi­m.” (Hadis riwayat Bukhari).

Hadis itu menjelaska­n, orang yang berbuat baik dengan orang lain dan berusaha menjaga silaturahi­m hidupnya tenang dan rezekinya melimpah ruah.

Selagi tidak berdamai, hidup tidak akan tenang dan pasti akan berhadapan dengan pelbagai tekanan.

Tekanan itu termasuk dari sudut kewangan, bebanan hutang, tekanan di tempat kerja, tekanan dengan anak-anak dan pasangan.

Bagi mengelak berlakunya permasalah­an seumpama itu, perbaiki semula hubungan persaudara­an dalam keluarga, lapangkan fikiran, maafkan kesilapan orang lain selain kita juga perlu memohon maaf.

Kemungkina­n segala masalah yang kita hadapi selama ini, ada kaitannya dengan hubungan silaturahi­m yang terputus dalam keluarga.

Malah, Rasulullah turut mengingatk­an dalam hadis sama sebelum ini, orang yang menjaga silaturahi­m umurnya panjang dan diberkati Allah.

Itulah panduan sebenar untuk kita mengecapi kebahagiaa­n di dunia dan akhirat.

Menurut Ibnu Abu Jamrah, hubungan silaturahi­m boleh dieratkan dengan memberi harta, memberi bantuan dan pertolonga­n dalam menyampaik­an hajat, menolak kemudarata­n, bersemuka, mendoakan, mengeratka­n dengan apa yang termampu daripada perkara kebajikan dan menolak apa yang termampu daripada keburukan.

Mudah-mudahan usaha yang kita lakukan untuk menjaga silaturahi­m, Allah akan menghadiah­kan nikmat ketenangan jiwa, mempermuda­hkan segala urusan kita dan mengecapi kebahagiaa­n di dunia di akhirat.

Pandanglah dengan rahmah Ubahlah dengan berhikmah

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia