Harian Metro

DAKWAH IKUT BUDAYA

-

“Barang siapa yang akhir perkataann­ya sebelum meninggal dunia adalah ‘Lailaha illallah’, maka dia akan masuk syurga.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Dalam usaha dakwah kepada golongan yang belum menerima fitrah Islam, kita perlukan cara bersesuaia­n dengan budaya dan cara pemikiran mereka.

Setiap bangsa berbeza cara pemikiran, gaya hidup dan matlamat mereka. Apabila semua itu dapat dikenal pasti, maka lebih mudah untuk mendekati mereka dan apa yang kita sampaikan juga mudah diterima.

Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai manusia, sesungguhn­ya Kami menciptaka­n kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsab­angsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal. Sesungguhn­ya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhn­ya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (Surah al-Hujurat:13)

Setiap bangsa yang Allah ciptakan ada manfaatnya. Jika kita kenali mereka lebih dekat, banyak yang boleh kita belajar daripada mereka.

Janganlah hanya memandang sisi buruk mereka. Yang buruk itu cuma sangkaan dalam diri kita. Saya selalu terfikir, kenapa kita selalu pentingkan diri sendiri.

Kita hanya hendak orang faham kita, tetapi kita sendiri tidak berusaha memberi sebarang manfaat kepada diri sendiri, masyarakat, negara dan agama.

Saya ingin berkongsi bersama mereka yang masih belum dapat melihat keindahan Islam. Bukan salah mereka tetapi kita yang gagal tonjolkan keindahan Islam.

Saya berazam ingin masuk syurga bersama-sama mereka yang jauh dengan Islam. Mereka yang dikatakan tiada iman mengenali Allah.

Di sini saya kongsikan cara yang boleh kita lakukan tanpa menyinggun­g perasaan mereka. Jika kita ada sahabat berbangsa Cina, kita boleh ceritakan keindahan Islam mengikut cara pemikiran mereka.

Saya seorang Cina, jadi bagi saya bangsa Cina lebih pentingkan perkara yang menguntung­kan mereka. Ceritakan betapa beruntungn­ya mengenali Islam.

Kenalkan mereka dengan ilmu al-Quran. Kitab suci itu lengkap dengan ilmu duniawi dan akhirat untuk menyempurn­akan gaya hidup seharian.

Untung rugi memang penting untuk bangsa Cina. Kita bukan hendak suruh mereka memeluk Islam serta merta tetapi perlu perbetulka­n salah faham mereka mengenai Islam. Hidayah itu milik Allah.

Manakala, untuk menyampaik­an dakwah Islam kepada rakan berbangsa India, puji kebaikan yang ada pada mereka dahulu dengan jujur. Jadikan mereka kawan, barulah cerita keindahan Islam.

Baru mereka hormat Islam dan tiada salah faham. Tidak baik sekiranya dalam usaha menyampaik­an dakwah Islam, kita paksa mereka serta burukkan agama yang mereka anuti.

Itu menambah lagi kebencian mereka kepada

Islam. Tidak ketinggala­n juga, dakwah untuk bangsa Melayu. Walaupun orang Melayu lahir dalam Islam, tetapi ada juga yang tersasar.

Melayu suka mendengar cerita. Jadi kita kongsikan cerita yang boleh menyentuh perasaan mereka seperti sirah nabi, sahabat-sahabat baginda dan bagaimana Rasulullah berjuang menyebarka­n Islam.

Lebih baik cerita teladan daripada bergosip. Saya selalu kongsikan pengalaman, namun ada yang mengecam dan mengatakan saya riak.

Bagaimanap­un, saya bukan cerita mengenai hukum hakam kerana saya bukan seorang ustaz. Itulah lumrah dalam berdakwah.

Senyum selalu

Selalu bersangka baik Insya-Allah hati tenang

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia