Harian Metro

TAK SELESA ISTERI SERABAI

-

menjaga penampilan diri. Saya juga seperti lelaki lain yang mahukan pasangan hidup yang menyenangk­an hati dan cantik pada mata saya, tetapi lain pula jadinya.

Kadangkala dari saat saya keluar kerja hinggalah pulang ke rumah, dia mengenakan baju kelawar yang sama. Malah muka pula kelihatan pucat tanpa mengenakan pemerah bibir mahupun bedak.

Saya bimbang hendak menegurnya, tidak mahu isteri mempunyai persepsi saya berhajat mencari perempuan lain. Saya mahu dia lebih menjaga dirinya sendiri.

AMAT Kuala Lumpur Lumrah bagi manusia sukakan kepada kecantikan. Justeru tidak hairan untuk saudara mahupun manamana lelaki mudah terdorong memandang perempuan cantik.

Jadi apabila melihat isteri di rumah yang serabai dan tidak berdandan, sukar untuk tidak membuat perbanding­an dengan wanita yang dilihat di luar.

Bagi Dang Setia saudara seharusnya jujur dengan isteri. Berterus-teranglah dan luahkan perasaan saudara yang kurang selesa dengan sikap malasnya. Kadangkala bercakap benar lebih baik daripada seribu pembohonga­n meskipun ia mungkin menyakitka­n.

Berdiam dan membiarkan isteri terus selesa dengan penampilan­nya dikhuatiri tabiat itu sukar diubah.

Andai saudara berasa isteri akan terkesan dengan teguran itu, mungkin kaedah lain boleh dilakukan membuat isteri sedar kesilapann­ya. Banyak perkara saudara boleh lakukan, antaranya membeli pakaian baru atau alat dandanan.

Ketika menyerahka­n barangan berkenaan, berikan pujian dan katakan saudara suka apabila melihatnya kemas dan cantik, yang membuatkan saudara bertambah sayang kepadanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia