Harian Metro

Tertekan orang tua minta urus bisnes

-

Saya gadis berusia 24 tahun dan baru saja tamat belajar. Masalahnya saya masih berhasrat menyambung pengajian tetapi orang tua meminta saya menguruska­n perniagaan mereka.

Saya anak bongsu daripada empat beradik. Atas saya semuanya lelaki dan mereka mempunyai empayar perniagaan sendiri. Sementara saya diminta menguruska­n perniagaan orang tua.

Saya berasa itu beban yang berat selain tidak berminat dengan perniagaan. Saya lebih suka menjadi tenaga pengajar atau dalam sektor lain.

Tetapi seperti biasa, orang tua menentukan masa depan saya termasuk menguruska­n perniagaan mereka. Kadangkala saya bosan dengan rutin hidup sering dikawal orang tua. Saya bukannya anak kecil tetapi apabila saya cuba hendak menyuaraka­n pendapat, tiada siapa peduli atau dengar. Apa perlu saya lakukan?

MARYAM Shah Alam

Restu dan reda orang tua itu penting dalam memberi keberkatan hidup dan untuk itu saudari perlu bijak berunding dengan orang tua.

Malah dari sudut lain saudari perlu fikirkan dengan meletakkan diri saudari di kedudukan orang tua. Semua abang sudah ada perniagaan sendiri, jadi kepada siapa lagi perniagaan itu perlu mereka wariskan? Jawapannya sudah jelas dan tentu saja ibu dan ayah mahukan yang terbaik untuk saudari.

Minat itu boleh disemai dan saudari boleh cuba menyesuaik­an diri. Lagipun saudari masih muda dan anggap itu sebagai platform untuk saudari melangkah ke cabang lain.

Mana tahu dengan pengalaman langsung atau senario sebenar dalam bidang perniagaan, saudari boleh kongsi pengalaman itu dengan bakal anak murid. Kadangkala peranan menjadi guru atau tenaga pengajar bukan dalam kelas semata-mata. Banyak yang saudari boleh lakukan sementara membantu orang tua menguruska­n perniagaan.

Apa yang penting sekarang ialah saudari bina pemikiran positif dan keyakinan diri.

Jadikan ia peluang untuk membantu saudari mempunyai skil bagi menceburi pelbagai bidang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia